About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Thursday, 7 April 2011

Pilihan Hatiku



Setiap makhluk ciptaan Allah S.W.T ditakdirkan hidup berpasangan. Begitu juga manusia, perasaan cinta kasih dan sayang sesama manusia adalah fitrah kejadian manusia. Manusia diberi pilihan untuk memilih pasangan hidupnya berpandukan syariat yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Cinta sesama manusia itu akan lebih indah jika ditemerai dengan suatu ikatan yang sah iaitu pernikahan.




Lelaki pilihan hatiku:



1. Beragama


Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, pasti engkau beruntung.”



Hadis ini juga digunapakai dalam pemilihan calon suami. Aku meletakkan syarat keagamaan yang paling utama kerana bagi aku agama adalah sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup ini sehingga tidak boleh dinilai dengan harta. Lelaki yang mempunyai pegangan agama akan membimbing isterinya dan anak-anaknya ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.




Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


“Kaum lelaki itu adalah pemimpin terhadap kaum perempuan.”

(Surah An-Nisa’:34)



Jika kacak tetapi tidak mempunyai akhlak yang mulia dan iman di dada tiada gunanya. Apakah boleh memimpin kita hingga ke syurga? Fikir-fikirkanlah wahai lelaki yang akan bergelar suami, ini adalah amanah Allah untuk anda mampukah anda untuk memikulnya? Bagi wanita pula, pilihlah lelaki yang terbaik agamanya dikalangan sejuta muslimin di dunia ini. Anda mempunyai pilihan, pilihan di tangan anda, pilihlah yang terbaik untuk diri anda sendiri dan anak-anak anda kelak. Perasaan cinta, kasih dan sayang sesama manusia bukan hanya di dunia sahaja, tetapi perasaan cinta itu membawa hingga ke akhirat, cinta sampai syurga, di samping rahmat dan redha dari Allah S.W.T. Bukan cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata.




2. Menjaga pandangannya


Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.



Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


“Katakanlah kpd lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

(Surah An-Nur: 30)




Lelaki yang baik sentiasa menundukkan pandangannya daripada melihat sesuatu yang jelas haram disisinya. Aku inginkan lelaki yang sentiasa menundukkan pandangannya daripada melihat wanita ajnabi. Agak sukar sekali untuk berjumpa dengan lelaki seperti ini, terlalu sukar. Tetapi akan aku gagahkan diri ini untuk memiliki lelaki seperti ini. Tiada suatu yang mustahil di sisi Allah. Insya_Allah aku akan memilikinya.




3. Ikhlas


Keikhlasan itu mempunyai kilauan dan sinar meskipun ribuan mata tidak melihatnya.



Aku inginkan lelaki yang benar-benar ikhlas mencintaiku. Menerima diriku (baik dan buruk) seadanya dan menerima familyku seadanya. Sentiasa sabar melayani kerenahku dan menjadi penawar kepadaku di saat suka dan duka.



Keikhlasan itu sukar untuk dinilai, keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Ikhlas itu menjadi rahsia Allah, hanya Allah sahaja yang tahu segala-galanya. Insya_Allah, aku akan memperoleh seorang suami yang benar-benar ikhlas mencintaiku dunia dan akhirat.



~Imam Muda Asyraf dan isteri. Bahagia sungguh mereka. Memperoleh pasangan yang soleh dan solehah adalah impian setiap insan. Moga aku memperoleh pasangan yang soleh suatu hari nanti. Amin Ya Rabb~



**Apabila anda mengharapkan Allah sentiasa menganugerahkn kpd anda apa-apa yang anda cintai dan sukai, maka hendaklah anda menjaga dan melaksanakan apa-apa yg dicintai dan disukai Allah.





“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.”





Aku sentiasa berusaha memperbaiki diriku untuk menjadi wanita solehah. Moga aku bertemu dengan lelaki soleh yang menjadi dambaanku selama ini. Hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tidak sabar, kurang tawakal dan tidak yakin akan ketentuan Allah. Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.



Pasti!!!





"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠









































Thursday, 10 February 2011

Petua Membina Rumah Tangga Bahagia


1.Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.



2.Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.



3. Jujur dan amanah, jangan memandang rendah kepada pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.




4.Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.



5. Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.



6. Jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan




7. Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.




8. Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak dan bersiar-siar bersama dengan anak di taman.



9. Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.







Source: Berita Harian









*Gambar sekadar hiasan*




**Perkara yang paling penting adalah ketaatan yang tinggi pada perintah Allah S.W.T. Keimanan yang teguh pada agama akan menjadikan rumah tangga dalam keadaan rukun, damai dan bahagia. Insya_Allah.







~Sempurna kehidupan apabila hidup berkeluarga dalam suasana yang penuh sakinah...Impian setiap insan...Semoga hidupku juga begini suatu hari nanti...Amin Ya Rabb...~






Oh Mama saya mahu kahwin!!!



"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"

⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...