About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Monday 3 September 2012

Puasa Sunat Syawal



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal, ia seperti puasa setahun penuh.”
(Riwayat Muslim)

30 hari + 6 hari = 1 tahun

Sesiapa yang berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“ Berpuasa pada bulan Ramadhan seolah-olah berpuasa selama 10 bulan, manakala puasa 6 hari pada bulan syawal seperti berpuasa 2 bulan.”
                                                                                                                        (Riwayat Imam al-Nasa’i)

Dalam Sabil al-Muhtadin dinyatakan:
Setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari pada bulan Syawal diganjari dengan 60 hari. Jika dikira, ia berjumlah 360 hari dan menyamai jumlah hari dalam setahun.

Puasa Qada @ Puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal


Bil
Pelaksanaan
Dalil
Huraian
1.
Puasa qada dahulu, kemudian puasa sunat Syawal.
Nabi S.A.W bersabda:
 “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari pada bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang tahun
(Riwayat Muslim)
Hadis ini menyatakan bahawa perlu menggantikan puasa Ramadhan dahulu, kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat Syawal.
2.
Puasa sunat Syawal dahulu, kemudian puasa qada.
Berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqada sehingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata:
“ Aku memiliki hutang puasa pada bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah S.A.W.”
(Sahih Muslim)

Hal ini disebabkan puasa sunat Syawal waktunya terhad dalam bulan Syawal sahaja, manakala puasa qada boleh ditunaikan dalam jangka masa yang lebih panjang. Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah bahawa tidak mungkin Aisyah tidak berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadhan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sekalipun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
3.
Berniat puasa qada dan apabila puasa qada tersebut berkebetulan dengan hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali.
Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama fiqah seperti Sheikh Zakariyya al-Ansari, Sheikh ‘Atiyyah Saqr dan kebanyakan ulama Shafi’yyah.
Apabila amalan wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat akan turut diperoleh. Contohnya, apabila masuk ke dalam masjid dan didapati solat fardu sedang dilakukan oleh jemaah, maka hendaklah terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyat al-masjid juga akan diperoleh. Sheikh Zakariyya al-Ansari menyatakan apabila berpuasa qada dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadith Rasulullah S.A.W agar berpuasa pada bulan Syawal.


* Kesimpulan: Qada terlebih dahulu puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan (lebih afdal). Sekiranya ada kesempatan, bolehlah diteruskan dengan puasa sunat Syawal . Jika tiada kesempatan, moga-moga puasa qada pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam sekali.

Niat puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal





Sumber: Dipetik & diubahsuai daripada majalah Solusi


"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"

 
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...