1.Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.
2.Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.
3. Jujur dan amanah, jangan memandang rendah kepada pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.
4.Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.
5. Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
6. Jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan
7. Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.
8. Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak dan bersiar-siar bersama dengan anak di taman.
9. Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.
Source: Berita Harian
*Gambar sekadar hiasan*
**Perkara yang paling penting adalah ketaatan yang tinggi pada perintah Allah S.W.T. Keimanan yang teguh pada agama akan menjadikan rumah tangga dalam keadaan rukun, damai dan bahagia. Insya_Allah.
~Sempurna kehidupan apabila hidup berkeluarga dalam suasana yang penuh sakinah...Impian setiap insan...Semoga hidupku juga begini suatu hari nanti...Amin Ya Rabb...~
"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠
9 comments:
insyallah akan di amalkan kelak ketika sudah berumahtangga :) mohon link ziarah la http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/02/menarik-sangat-ke-blog-awak-tu.html
:) Insya_Allah..Moga dikurniaka suami yg soleh dan benar2 ikhlas mencintai kita dunia dan akhirat.
Di izinkan untuk link...sila2..sama2 kita berkongsi ilmu..moga dapat memperoleh manfaat bersama.. =)
Carilah rezeki denan bernikah..:)
That's right...itu ketetapan Allah..dgn bernikah..rezeki akan bertambah..Insya_Allah...
Moga dipertemukan jodoh dengan orang yang baik
hopefully..amin,Insya_Allah =)
InshaAllah sedang cuba diterapkan dgn suami...thanks :)
You're welcome...sekadar perkongsiaan ilmu utk manfaat kt bersama =)
Post a Comment