⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠
![]() |
| Cintaku hanya untukMU Ya Rabb..... |

"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang."
"Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga."
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."
"Jadilah perhiasan dunia yang dihiasi dengan ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlakmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluk dan juga al-Khaliq."
"Ya Allah, kurniakanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminangku dan mengahwiniku dan jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga."
"Wanita baik dijanjikan untuk lelaki yang baik & begitulah sebaliknya, telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai Allah S.W.T, insya_Allah si dia turut di jalan yang sama. Lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta hakiki, nescaya lelaki soleh turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu dihadapan."
"Sabar menanti saat ini. Moga aku memperoleh pasangan yang soleh dan benar-benar ikhlas mencintaiku dunia dan akhirat serta dapat memimpinku untuk mencapai al-Falah dengan rahmat dan redha dariNYA. Amin."
“Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Maka wanita perlu mengawal percakapannya. Bercakaplah sekadarnya sahaja. Berhati-hati ketika bercakap, kdg2 berdiam diri itu lebih baik daripada byk bercakap.”