About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Sunday 25 October 2009

TIPS SENTIASA BERSANGKA BAIK TERHADAP SESAMA INSAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
15 FAKTA MENARIK TENTANG SENYUM

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru itu tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Kata-kata pujangga :

" SENYUM ITU KELOPAK, KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


P/S : jangan lupa untuk senyum dan jika ketawa, janganlah keterlaluan dan berlebih-lebih pula!!! Cukup sekadarnya sahaja.....

INGAT!!!!! SENYUM ITU JUGA... PENAWAR SEGALA DUKA.....







Saturday 24 October 2009

PETUA PELAJAR CEMERLANG MENURUT DATO DR FADZILAH KAMSAH

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa :
Ø Kita ingat 10 % apayang dibaca.
Ø Kita ingat 20% apa yang didengar.
Ø Kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat.
Ø Kita ingat 70% apa yang dicakapkan.
Ø Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.
Ø Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
Ø Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
.....Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.....


3. Belajar dalam persekitaran kondusif :
Ø Pastikan cahaya adalah terang.
Ø Kurangkan gangguan bunyi.

Ø Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar.
Ø Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran.
Ø Kerusi dan meja menghadap kiblat.
Ø Jangan lupa untuk senyum.

6. Tidak ponteng kelas. Jika tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori :
Ø Memasukkan maklumat dalam memori (registration).
Ø Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention).
Ø Mengingat kembali (recall).
Ø Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application).

9. Sentiasa awal dan mendahului :
Ø Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
Ø Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
Ø Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
Ø Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul :
Ø Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul.
Ø Memberikan tumpuan sepenuhnya.
Ø Menggunakan jari telunjuk untuk membaca.
Ø Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.


16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji :
Ø Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
Ø Siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
Ø Duduk tegak dikerusi yang selesa
Ø Baca doa penerang hati
Ø Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
Ø Fikir dan ingat kembali isi utama
Ø Catat/lakar
Ø Semak semula ketepatan maklumat
Ø Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
Ø Buat rumusan
Ø Jawab soalan
Ø Tampal maklumat yang rumit di dinding
Ø Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa :
Ø Jangan makan kepala ikan.
Ø Jangan makan organ dalaman.
Ø Jangan minum semasa makan.
Ø Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut.
Ø Jangan melihat kemaluan.
Ø Jangan melihat buih.
Ø Jangan membaca nama pada batu nisan.
Ø Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain.
Ø Banyakkan makan kismis, kurma dan madu.
Ø Banyakkan makan kekacang.
Ø Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.
Ø Jangan makan sehingga terlalu kenyang.
Ø Jangan kencing berdiri.

25. Tahu kemahiran mengingat :
Ø Tampal nota-nota penting di dinding.
Ø Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
Ø Gunakan kaedah akronim.
Ø Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat.
Ø Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil.

26. Cekap mengatur jadual belajar :
Ø Mempunyai jadual belajar.
Ø Patuh kepada jadual.
Ø Buat jadual yang boleh diikuti.

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang :
Ø Taat kepada ALLAH S.W.T.
Ø Mendirikan sembahyang.
Ø Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka.
Ø Hormati & sayangi guru.
Ø Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
Ø Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
Ø Membantu rakan yang memerlukan.
Ø Berdoa dan bersyukur kepada ALLAH S.W.T.
Ø Sentiasa bertawakal.
Ø Mahir dalam setiap mata pelajaran.

P/S : Kita juga perlu ingat bahawa pelajar yang cemerlang, juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.


Thursday 22 October 2009

Novel : Penantian Cinta

Cinta…cinta…bilakah cinta kepada manusia itu akan hadir dalam hidupku…berjumpa dengan lelaki yang benar-benar ikhlas mencintaiku….kadangkala aku tertanya sendiri, adakah aku akan memperoleh cinta sejati dari seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mencintaiku???

Cinta..cinta itu memang indah…lagi2 kepada orang yang tengah hangat bercinta…bak kata pujangga, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang..

HAHAHAHA!!!

Lawak sungguh kata2 itu…x masuk diakal langsung, tapi itulah hakikatnya…perumpamaan bagi orang yang bercinta….segalanya indah…dibuai dengan janji2 manis pasangan masing2….penuh dengan angan2, yang belum pasti akan kesampaian…lelaki…mudah mengunakan ayat2 manis utk pikat perempuan...

“hi syg, wat pe 2’’?? Dh mkn ke belum??

syg…jgnlah mcm ni…..abg gurau je…jgn la merajuk”……

Kata2 ini kerap ku dgr bg org yg hangat bercinta…“syg” adakah benar2 syg atau hanya rekaan semata-mata…HIPOKRIT

Ayat2 manis lelaki mudah membuatkan wanita cair…lg2 perempuan yg x kuat iman atau perempuan yg lemah dengan ayat2 manis ni….
Biasalah wanita….suka dibelai..dimanja…mereka nk kasih sayang dr lelaki yg mereka cintai… adat org bercinta mcm tu lah…nk manja2…klu dpt bf baik…Alhamdulillah bahagia…INSYA_ALLAH berkekalan ke jinjang pelamin…klu bf yg tak baik…hampeh!!! musnah diri dan merana hidup..lg2 klu dpt bf yg buaya darat….

“lelaki buaya darat”…terngiang-ngiang di telingaku lagu dari kumpulan RATU Indonesia..

Lelaki buaya darat ni x cukup dgn satu perempuan…nk lebih….tamak!!!! ego tinggi sangat…..biasa la tu lelaki la katakan…bab ego2 ni memang bab mereka…tetapi yg merana siapa…perempuan juga…sbb perempuan ni nk dia sorg aje dlm hati org yg dicintainya…klu dia dpt tahu bf dia main kayu 3…apa lagi..mengamuklah.....

Tp ada juga wanita yg bodoh dan sgt2 bodoh… atau pun bengong…bak kata org Indonesia…masih tetap syg pada kekasih hati atau pengarang jantung hati mereka..w/pun dpt tahu yg teman lelakinya itu bermain kayu 3…masih lg nk bersama dgnnya…dh jelas2 dia x jujur….dan x setia dgnnya…masih lg nk…klu kahwin lah..x tahu la apa nk jd…merana hidup perempuan tu agaknya dan makan hati berulam jantung hari2 sbb dpt suami yg mata keranjang….pantang nmpk perempuan dahi licin semua nk kebas…nk dijadikan aweknya….

AWEK!!!!

bhs moden zmn skrg….kebanyakan muda mudi menggunakannya bagi merujuk kepada gf masing2….perempuan yg setia dgn lelaki mcm ni memang betul2 dah buta mata hati dan fikiran…biasalah darah muda….x fikir pjg….yg penting org yg disayangi x jatuh ke tgn org lain…betul la kata pujangga…

“CINTA ITU BUTA….’’

“W/pun seseorang itu buruk pada pandangan orang lain, tapi dia menjadi penawar buat orang yang mencintainya”….itulah cinta….cinta yg tidak berlandaskan keimanan…boleh membutakan mata hati dan fikiran seseorang….kerana cinta itu buta juga lah…ada yg sggp meletakkan cinta kepada manusia itu melebihi cinta kepada ALLAH S.W.T…smpi ada manusia tak kira lah lelaki atau perempuan…sggp membunuh diri apabila putus kasih atau dlm bhs glamournya putus cinta…

Sbb apa??? Kenapa hal sebegini boleh berlaku???sbb….

Mereka meletakkan cinta kepada manusia itu lebih tinggi daripada cinta kepada Tuhannya…hal ini berlaku kepada mereka yang tipis imannya….mereka lupa bahawa ALLAH itu ada….ALLAH itu Maha Penyayang…DIA syg pd semua hambaNYA….apa yg berlaku pada diri kita adalah ujian dari ALLAH untuk menguji tahap keimanan hambaNYA…

So, jgn lah ambil jalan singkat dengan membunuh diri kerana cinta tak kesampaian…mungkin dia bukan jodoh yg terbaik buat diri kita…ALLAH nk bg jodoh yg terbaik buat kita…sbb itu semua sudah termaktub dalam al-Quran, bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat…so…renung2kanlah…..wahai saudara2ku…

Cinta juga tidak akan membutakan mata hati dan fikiran aku…itulah untungnya hidup berpegang pada ajaran agama…segala yang berlaku dilalui dengan tabah dan tenang…bermacam-macam ujian yang aku lalui….benar2 menguji keimananku sebagai seorang hamba…hamba ALLAH…segalanya aku terima dengan redha….sbb prinsip hidup aku mudah….berbuat baik lah dengan semua orang selagi kt masih hidup…w/pun kadangkala kebaikan kt itu tidak dihargai oleh org lain.. atau org akan ambil kesempatan atas kebaikan yang ada pada diri kita…

Biarlah…aku tak kisah…I don’t care….sbb setiap perbuatan manusia itu sama ada baik atau jahat pasti akan mendapat balasan dari ALLAH S.W.T… baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat..

Ujian2 yg aku lalui mematangkan aku dalam menghadapi kehidupan di dunia ini…pengalaman yg aku lalui..dijadikan pengajaran dlm hidup aku…sebagai manusia…manusia yg sentiasa diuji…supaya aku lebih berhati-hati…setiap org mempunyai pengalaman yg berbeza-beza….aku dgn pengalaman aku..begitu juga dengan org lain…punya pengalaman tersendiri…

Kadangkala aku berfikir sendirian dlm benak fikiranku…..



~Hak Cipta Terpelihara~

to be continued.....

Friday 16 October 2009

HADKAN PENGAMBILAN GARAM

Garam atau nama saintifiknya Sodium Klorida.Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana ke semua cecair tubuh mengandungi sodium, termasuklah darah. Tanpa garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal. Hal Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.

Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan??? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 - 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Garam ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa. Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.

Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, garam berfungsi untuk menyeimbangkan cecair dalam tubuh. Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat. atau dengan kata lain garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar. Bagi jantung pula, mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi.

Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing. Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan dan mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Hal ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

TIPS KAWAL PENGAMBILAN GARAM :
Ø Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
Ø Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
Ø Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
Ø Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang
Ø Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masin, udang kering, jeruk.

Makanan tinggi garam :
Ø Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram - 1,000 hingga 5,000 mg garam
Ø Stok/kiub makanan - 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg
Ø Sos salad seperti mayonis - lebih 1,000 mg
Ø Makanan dalam tin - 500 hingga 1,500 mg.

Makanan diawet :
Ø Telur masin - 500 mg
Ø Ikan masin - 1,500 mg
Ø Buah-buahan jeruk (masin) - 1,000 mg
Ø Udang kering - 4, 000 mg
Ø Belacan - 1, 000 mg.

Wednesday 7 October 2009

MEMARTABATKAN EKONOMI ISLAM
DI PERSADA DUNIA.....


"SWEET MEMORY"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...