About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Thursday 27 January 2011

Ikhlas

I.K.H.L.A.S

Satu perkataan yg mempunyai maksud yg sangat mendalam. Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Ikhlas juga bagi maksud sesetengah orang ialah memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Hanya individu yg mengetahui maksud ikhlas yg sebenarnya, memahami apa itu ikhlas.




Sejauh mana tahap keikhlasan kita??? Tepuk dada tanya iman.




Begitulah juga dalam hubungan sesama manusia. Perasaan cinta, kasih dan sayang sesama manusia akan menjadi lebih indah andai disertai dengan penuh keikhlasan.



Cinta itu apabila kita ikhlas dengan seseorang, mencintai seseorang dengan penuh keikhlasan (menerima seseorang seadanya (baik & buruknya)), sabar melayani kerenah pasangan tanpa ada rasa bosan dalam hati & menjadi penawar kepada pasangan disaat suka dan duka.




Cinta adalah kekuatan,

yang mampu mengubah duri menjadi mawar,

mengubah cuka menjadi anggur,

mengubah sedih jadi riang,

mengubah amarah menjadi ramah,

mengubah musibah jadi muhibbah,

itulah cinta.....



Sekalipun cinta telah ku uraikan,

dan ku jelaskan panjang lebar,

namun jika cinta ku datangi,

aku jadi malu pada keteranganku sendiri.....


Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang,

sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.....

Kata-kata pecah berkeping-keping,

begitu sampai kepada cinta,

dalam menguraikan cinta,

akal terbaring tak berdaya,

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,

cinta sendirilah yg menerangkan cinta dan percintaan.....

(Petikan Puisi daripada filem Ketika Cinta Bertasbih)




Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap2 diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji~Hamka




Apabila kita mencintai seseorang, biarlah permulaan cinta itu, kita membiarkan orang yang kita cintai itu menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dirinya.



Kerana cinta yang tulus ikhlas itu lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah. Cinta juga bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah ALLAH S.W.T yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.



Cinta juga bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat~Hamka.



Andai kita mencintai seseorang rendahkanlah rasa ego yang tersemat dalam diri masing-masing. Keegoaan hanya akan meruntuhkan kasih sayang antara sesama manusia, manusia yg mempunyai keegoaan yg terlalu tinggi sentiasa merasakan dirinya sahaja yg betul sehingga menolak kebenaran. Tidak salah jika sesekali kita mengalah untuk menang daripada kita menang tetapi hakikatnya kita kalah. Setiap perkara yg kita lakukan perlulah bertolak ansur dan mengambil kira perasaan pasangan agar terjaga hatinya.




Keserasian itu boleh diwujudkan andai kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami pasangan, bertolak ansur, sabar dan ikhlas menerima pasangan sepenuh hati (menerima baik dan buruknya). Jika kita mencari manusia yg sempurna yg sentiasa baik dan tiada keburukan dalam dirinya memang tidak akan jumpa. Kesempurnaan hanya milik ALLAH S.W.T. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini, setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jangan jadikan alasan “kekurangan” yang ada pada pasangan kita sebagai satu sebab kita tidak serasi dengannya. Padahal “keserasian” pada hakikatnya boleh dibentuk. Cintailah seseorang itu dengan menerima keburukannya atau sikap unik yg ada pada pasangan, maka kita akan menemui cinta sejati.




Cinta itu mekar andai ALLAH S.W.T menjadi matlamat, yg penting kita perlulah berniat baik dan ikhlas mencintai seseorang dengan sepenuh hati. Sesungguhnya keikhlasan itu mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.


Moga kita memperoleh pasangan yg benar-benar ikhlas mencintai kita dunia dan akhirat. Keikhlasan itu sukar diperoleh kerana terselit dalam ribuan kaca dan dalam ribuan kaca tersebut hanya ada satu sahaja permata yang bersinar. Kita perlu berusaha dan berdoa untuk memperolehinya kerana doa mampu memberikan kekuatan pada orang yg lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yg ketakutan.








"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...