About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Monday 3 September 2012

Puasa Sunat Syawal



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal, ia seperti puasa setahun penuh.”
(Riwayat Muslim)

30 hari + 6 hari = 1 tahun

Sesiapa yang berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“ Berpuasa pada bulan Ramadhan seolah-olah berpuasa selama 10 bulan, manakala puasa 6 hari pada bulan syawal seperti berpuasa 2 bulan.”
                                                                                                                        (Riwayat Imam al-Nasa’i)

Dalam Sabil al-Muhtadin dinyatakan:
Setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari pada bulan Syawal diganjari dengan 60 hari. Jika dikira, ia berjumlah 360 hari dan menyamai jumlah hari dalam setahun.

Puasa Qada @ Puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal


Bil
Pelaksanaan
Dalil
Huraian
1.
Puasa qada dahulu, kemudian puasa sunat Syawal.
Nabi S.A.W bersabda:
 “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari pada bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang tahun
(Riwayat Muslim)
Hadis ini menyatakan bahawa perlu menggantikan puasa Ramadhan dahulu, kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat Syawal.
2.
Puasa sunat Syawal dahulu, kemudian puasa qada.
Berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqada sehingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata:
“ Aku memiliki hutang puasa pada bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah S.A.W.”
(Sahih Muslim)

Hal ini disebabkan puasa sunat Syawal waktunya terhad dalam bulan Syawal sahaja, manakala puasa qada boleh ditunaikan dalam jangka masa yang lebih panjang. Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah bahawa tidak mungkin Aisyah tidak berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadhan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sekalipun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
3.
Berniat puasa qada dan apabila puasa qada tersebut berkebetulan dengan hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali.
Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama fiqah seperti Sheikh Zakariyya al-Ansari, Sheikh ‘Atiyyah Saqr dan kebanyakan ulama Shafi’yyah.
Apabila amalan wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat akan turut diperoleh. Contohnya, apabila masuk ke dalam masjid dan didapati solat fardu sedang dilakukan oleh jemaah, maka hendaklah terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyat al-masjid juga akan diperoleh. Sheikh Zakariyya al-Ansari menyatakan apabila berpuasa qada dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadith Rasulullah S.A.W agar berpuasa pada bulan Syawal.


* Kesimpulan: Qada terlebih dahulu puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan (lebih afdal). Sekiranya ada kesempatan, bolehlah diteruskan dengan puasa sunat Syawal . Jika tiada kesempatan, moga-moga puasa qada pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam sekali.

Niat puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal





Sumber: Dipetik & diubahsuai daripada majalah Solusi


"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"

 
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠

Sunday 6 May 2012

Aku Terima Nikahya


Aku Terima Nikahya: "Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita."

Bercinta Sampai Ke Syurga: "Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia."

Murabbi Cinta: "Dua petikan daripada Edisi Istimewa  Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Hingga ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, seorang Murabbi Cinta yang hakiki."

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku memiliki buku ini "Aku Terima Nikahya" karya Hasrizal Abdul Jamil di International Book Fair 2012, malah dapat juga ku bertemu dengan penulisnya. Buku yang selama ini ku ingin memilikinya untuk ku jadikan panduan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan untuk dijadikan sebagai koleksi peribadiku yang gemar membaca.

Seperti kata Prof. Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali (Izzi)(Pensyarah/Perunding Motivasi):


 Aku Terima Nikahnya karya Hasrizal Abdul Jamil bukan sekadar retorik. Falsafah cinta yang diutarakan tidak tertumpu pada cinta Adam dan Hawa, tetapi melampaui kehidupan selepas “Aku terima nikahnya..…dilafazkan oleh bakal suami. Tulisannya tertumpu pada memulihara dan ‘survival’ sebuah perkahwinan. DOs and DON’Ts yang dikongsikan wajar dijadikan rujukan bagi pasangan yang mahu atau telah berumah tangga. Sebuah buku yang amat relevan untuk masa kini. Patut dimiliki oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat. Renung-renungkan dan selamat beramal. 

♥♥Harapan dan doaku, moga aku memperoleh seorang suami yang ku dambakan selama ini, agar dapat aku tunaikan nazarku padaMU Ya Allah.....amin.♥♥


....Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai....."



TIGA perkataan bermakna yang paling di tunggu oleh setiap wanita.....bukan "I LOVE YOU" tetapi "AKU TERIMA NIKAHNYA".....♥♥ 




"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠







 

Organ dan Kesihatan


Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH S.W.T telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. DIA menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa. Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

"Ya Allah, Sinarkanlah NurMU ke dalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMU Ya Allah yang Maha Pengasih."

"Ya Allah, keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayahMU seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMU,Ya Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.....Amin Ya Rabialamin."




"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠






Sunday 22 April 2012

Andai Dia Milikku



Cukuplah LELAKI YANG SOLEH dan BAIK IMANNYA merupakan KRITERIA UTAMA bagi PARA WANITA yang ingin mendapatkan SUAMI, jangan terlalu banyak kriteria dan JANGAN TERLALU BANYAK MEMILIH.....cukuplah dengan satu pilihan iaitu lelaki yang TAAT BERAGAMA, SOLEH dan MAMPU MEMBIMBINGMU KE SYURGA ALLAH S.W.T.....




WANITA SOLEHAH tidak memandang yang TIDAK SOLEH dan TIDAK JUGA DIPANDANG oleh yang tidak soleh.....tetapi dia MEMANDANG pada yang SOLEH dan DIPANDANG juga oleh yang SOLEH.

Itu FITRAH.....Itu NORMAL.....

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

.....Perempuan yang JAHAT untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang BAIK untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(Surah An-Nur’: 26)

YAKINLAH, INSYA_ALLAH....ALLAH S.W.T ITU MAHA ADIL
...
..DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA♥♥








"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠

Monday 16 April 2012

Sayang

Cintaku hanya untukMU Ya Rabb.....

✿~ Jika mereka memilih untuk bertemu, aku memilih untuk TIDAK BERTEMU
✿~ Jika mereka memilih untuk kerap bermesej, aku memilih untuk TIDAK BERMESEJ
✿~ Jika mereka memilih untuk kerap berhubung melalui telefon, aku memilih untuk TIDAK BERHUBUNG
✿~ Jika mereka memilih untuk saling mengingati, aku memilih untuk TIDAK MENGINGATI KAMU
✿~ Jika mereka memilih untuk saling merindui, aku memilih untuk TIDAK MERINDUI KAMU





Kerana apa PILIHANKU berbeza dengan mereka? Kerana kamu BELUM tentu jadi milikku, aku LEBIH RINDUKAN Penciptaku.....aku LEBIH SENANG bertemu dengan Pelindungku, aku lebih suka bermesej dengan Kekasihku dengan hanya BERDOA.....aku LEBIH SELESA BERHUBUNG denganNYA melalui ibadahku.....aku LEBIH SELESA mengingati DIA yang sering mengingatiku, aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA.....TERIMA KASIH kerana MEMAHAMI CARAKU.....

Hari-hari aku BERDOA agar Allah menguatkan CINTA DAN IMANKU, maaf......cintaku hanya buatNYA, aku LEBIH TENANG bersama denganNYA♥♥~

♥ DIA, Tuhanku.....ALLAH S.W.T yang sentiasa bersamaku, yang sentiasa memberikan cintaNYA kepada hambaNYA....♥






"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠





Wahai Pemilik Tulang Rusukku






♥ Wahai pemilik tulang rusukku ♥
Sesungguhnya aku sentiasa menunggu
Menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu

Dalam setiap detik saat yang terus berlalu
Aku terus menjadi perindu
Yang sentiasa memperbaiki diriku
Agar menjadi suri terbaikmu

Biarpun masa bagaikan cemburu
Aku terus menunggu dan menunggu
Tidak sekali aku rasa jemu

Kerana aku sentiasa sematkan dalam hatiku
Kau juga sedang berusaha mencariku
Sambil terus mempersiapkan dirimu
Untuk menjadi yang terbaik buatku

Walau aku tidak pernah tahu
Siapakah dia pemilik tulang rusukku ini...
Doaku moga kita bertemu dalam keadaan yang penuh rahmat dan redha daripadaNYA.....~ ♥


























Sunday 22 January 2012

Bisikan Nurani



Lautan kematian ombak 
Tenang pantai tiada terusik 
Begitulah tasik hatiku 
Sejak kehadiranmu 

Betapa aku hargai 
Anugerah syurga di dunia 
Doa kudus aku panjatkan 
Semoga dirahmati 

Telah pun ku syukuri 
Di dalam hidup ini 
Cinta suci kurniaan ILAHI 



Kejernihan wajahmu 
Sempurna pada pandanganku 
Kau kirana 
Keturunan terpilih 
Disanjung serta dihormati 

Kau permata 
Kesederhanaanmu 
Mengecap kekayaan dunia 
Kau mestika 
Ketaqwaan dirimu 
Itu yang merantai jiwaku….. 

Bukan aku memuji 
Apalagi memuja 
Salahkahku kagumi….. perhiasan duniawi 

Bisikan nuraniku 
Engkaulah pilihanku 
Akanku pertahankan 
Amanah suci ini….. 



By : In-Team 



"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"

 
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...