About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Sunday 2 August 2009

KU KEJAR CINTA???

”Kalau kita tak mendengar tazkirah lebih dari 3 hari, hati kita akan mati.” Kata-kata ini amat sesuai dengan diriku....sementelah lagi selepas kaki ini melangkah ke IPTA. Amat kurang aku mengisi hatiku yang laparkan pengisian rohani ini dengan tarbiyah hati....bila dah agak ”lalai” ni, banyak jer anasir-anasir luar yang nak menceroboh masuk..yer kan, antivirus yang ku guna dah lama tak di updatekan dengnan tazkirah...Saban waktu, aku selalu lihat roomateku berbalas-balas mesej dgn si buah hati pengarang jantung...terdetik juga dihati perasaan iri hati...Sebelum ini, aku sentiasa diberi peringatan oleh shbt2ku tentang couple ni..tiada istilah couple dalam Islam. Yang ada hanya jln2 yang dapat melorongkan ke arah perzinaan.

”tiada hbgn antara lelaki dan wanita melainkan perkahwinan”

”la taqrabuz zina!! menghampiri zina pun dah tak boleh, apalagi melakukan zina..menghampiri itu termasuklah ber”couple” dan bergaul bebas antara lelaki dan wanita, zina ni boleh menjadi zina hati,mata,telinga dan lain-lain” nasihat seorang sahabatku dalam satu majlis ilmu di sekolah dulu...

Tapi selepas masing-masing bawa diri, tiada lagi nasihat yang mengunjung tiba..yang ada hanyalah bisikan nafsu muda yang ingin bebas setelah lama dibiuskan dengan ingatan dan nasihat sahabat-sahabatku......

*********************************************************************

Akhirnya, aku berkenalan dengan ”seseorang”...mulanya tu sebab tersilap call...Aku terlupa akan kata-kata yang pernah kuucapkan pada seorang sahabatku dulu.

”Norul, klu boleh cuba elakkan bercakap dengan lelaki dalam telefon untuk menggelakkan zina hati dan telinga, kita leh kawal hati kita, tapi mcm mana dengan lelaki tu??klu bercakap sudah pasti akan bergelak ketawa dan sedikit sebanyak akan mencetuskan perasaan lain dihati masing-masing.”

Dan juga kata-kata ustazahku....

”Dua orang (lelaki dan perempuan) yang bercakap dalam telefon di tempat yang sunyi, sama je dengan berkhalwat..yang bezanya tak nampak muka secara zahir tapi hanya diimiginasikan ada di depan mata..lainlah klu bercakap dengan ibubapa dan kawan-kawan..intonasi suara dan apa yang dicakapkan tu boleh dikawal lagi, tapi klu sorang-sorang dalam bilik??? Mula tu ok lg, tanya khabar je....lama-lama...Antum fikir sendiri..”

Benarlah Allah akan uji setiap bait kata yang terucap di bibir kita..itulah yang berlaku pada diriku...Pada mulanya aku sekadar menganggap Akmal sebagai kawan biasa sementelah lagi aku sebenarnya agak malu dengan lelaki sebelum ini...tapi lama kelamaan, dari seorang teman biasa dah jadi agak ”luar biasa”....Diriku semakin hanyut dengan cinta manusia yang tidak berkesudahan. Cinta yang penuh dengan kepuraan tapi disebalik kepuraan itulah aku berada dan hinggap. Terasa agak pelik dan janggal bunyinya...Masa tu terselit juga satu perasaan bersalah pada diri sendiri, lebih2 lagi perasaan takut dan malu pada Allah masih ada....tapi, perasaan untuk enjoy lagi mendominasi diri. ”Muda hanya sekali, so kita enjoy!!” entah mcm mn aku boleh terlupa. Ya!! Muda memang hanya sekali, tapi alangkah eloknya masa muda itu aku gunakan untuk gerak kerja Islam!! Membantu teman-teman yang masih lagi diulit mimpi yang tak berkesudahan!! dan sudah tentu membantu diriku sendiri... Tapi saat itu diriku masih terumbang-ambing. Turut sama ”berganding bahu” ke arah perkara yang tak elok. Masih lagi memerlukan seseorang untuk membangunkan aku daripada angan-angan yang tak berkesudahan.

”Neza, esok keluar nak??kita tengok wayang...”

Ajakan dari Akmal membuatkan aku terfikir sejenak..TENGOK WAYANG!! Sepanjang usiaku, aku tak pernah tengok wayang...bukan kerana tempatku dulu tak ada panggung wayang melainkan hatiku sentiasa berfikir bahawa tempat itu tak sesuai dengan diriku....Aku serba salah. Antara naluri hatiku dengan ajakan seseorang yang istimewa. Mana lagi penting??? Alhamdulillah Akmal dapat terima yang aku tak nak tengok wayang walaupun pada mulanya dia agak kecewa..last2 dia dtg kat kampus aku je.........Masa tu aku mampu lagi menolak, akan datang???

*********************************************************************

Sampailah satu ketika, tika itu aku dalam perjalanan balik kampung sempena cuti semester...aku solat subuh disebuah surau...tetiba je seorang adik (lebih muda dariku, mungkin masih sek menengah), bertanyakan maksud daripada surah as-Soff ayat 3-4.

Walaupun aku rasa agak pelik, tapi aku tengok juga ayat yang adik tu tunjukkan. Patutlah dia guna al-Quran yang tak ada terjemahan. Then aku merujuk ke arah tafsir yang ada kat surau tu...

”Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah benci pada sesiapa yang mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya......”

Aku terkedu seketika. Ya Allah, apa yang dah kulakukan selama ini...tanpa sedar manik2 air mataku luruh tanpa rasa segan dan malu. Selepas itu baruku tersedar rupa-rupanya adik yang menegurku tadi ialah juniorku masa aku masih bersekolah dulu.

Hatinya tergerak mahu menyapaku selepas melihat caraku berpakaian yang agak berbeza berbanding dengan waktu persekolahanku dulu...pakai lebih kurang aje....tidak menepati cara berpakaian seperti yang disarankan oleh Yusuf al-Qardawi seorang ulama’ yang disegani. Apa yang ditekankan oleh Yusuf al-Qardawi ialah pakai pakaian seperti dalam solat, tidak terlalu jarang, tidak terlalu nipis, tidak menjolok mata dan semua ini hendaklah berlaku secara serentak...kata-kata yang acap kali kusebut tika majlis ilmu di sekolah dulu....

Aku mendakap tubuhnya dan mengucapkan terima kasih atas tegurannya yang kukira amat berhikmah...tanpa perlu bersyarah panjang lebar hanya sekadar menggunakan ayat al-Quran mampu meluruhkan hijab yang mangaburi mataku selama ini....hatiku tak putus2 mengucapkan syukur kepada Allah. Walaupun diri ini sentiasa lalai dan leka dengan secebis nikmat dunia, tapi DIA masih berikan aku peluang untuk meng’islah kembali jawarihku...syukur kepadaMU Ya Rabb......

*********************************************************************

Dan mungkin ianya satu kebetulan ataupun satu rencana yang telah dirancang oleh Allah ke atasku, seorang sahabatku mengirimkan satu SMS yang agak ringkas tapi amat meruntun naluriku...

”Sahabatku, apa khabar imanmu tika ini?? Salam ingatan dari sahabat untuk sahabat tersayang.”

Sudah agak lama ak tidak mendengar kata2 ini...”apa khabar wahai imanku saat ini?? Adakah di tahap yang terlalu kronik hinga perlukan syifa’ segera?? Nau’zubillah.” Segala perbuatan yang telah kulakukan dulu terbayang di mata..ligat bermain-main di tubir mataku seolah-olah tersenyum mengejek bahawa diriku telah kalah....telah kalah pada gelonjak nafsu muda. Telah kalah pada naluri yang inginkan keseronokan palsu semata-mata...kalah??adakah aku benar2 telah kalah??

Cepat2 gambaran itu ku tempis bila kurasa perasaanku kembali berbolak-balik..Ya Allah, kau tetapkan hatiku ini pada jalanMU Ya Allah...jalan yang kau redhai dan jalan para pencintaMU Ya Rabb...Ya!! aku akan cuba bangkit kembali...sebab kutahu aku masih ada Tuhan yang takkan tinggalkanku keseorangan ...Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun....

”Sahabat, terima kasih atas ingatan tulusmu..ketahuilah sahabat, hatiku tika ini menangis hiba lantaran sikap dan jawarihku sedikit tersasar. Perasaan inginkan keseronokkan telah menguasai diri dan hatiku. Sahabat, jangan kau terkejut andai mendapat berita tentangku yang agak terleka dengan cinta manusia dan zaman remaja yang amat mencabar ini...Alhamdulillah, Allah telah memberiku kesedaran bahawa apa yang telah kulakukan adalah salah melalui seorang teman...kini, aku ingin bangkit kembali dan mengotakan janji yang pernah terlafaz dulu..janji yang di ucap di hadapn ustazah solehah dan sahabat2 bahawa diri ini mahu menjadi mata2 rantai perjuangan As-Syahid Hassan al-Banna..Doakan diri ini sahabat......”

Sejujurnya aku membalas SMS sahabatku itu...sebab memang itulah hasrat hatiku kini...akan ku cuba lupakan dan jauhkan perasaan terlalu cintakan dunia...janji yang oernah terluah dulu sedikit sebanyak akan kucuba tunaikan. Ku coretkan ungkap kata yang lebih kepada rasa yang kurasakan sekarang ni..buat sahabat2ku......

Hati ini acap kali berbicara
Hati ini kerap kali mengeluh hiba
Bilakah hati yang kian haus ini
Bakal disirami embun yang dapat menghilangkan kehausan ini..

Mujur ada tangan yang masih setia menghulur
Walau seringkali kasar ditepis tangan itu
Oleh jawarih dan tutur kataku
Yang kasar terluah

Namun, hati si pemiliknya
Tegar jua untuk menarikku
Jauh dari kebinggungan ini
Jauh keluar dari ancaman nafsu lawwamah
Yang kian hebat menghimpit diri
Semakin hari kian menyesak nuraniku

Kini,
Huluran itu kusambut jua
Seiring hasrat naluriku untuk berubah
Bisikan dan gelisah kalbu
Yang sering bertamu dulu kian menjauh
Tutur hikmah seorang sahabat mampu menjadi benteng diri
Dan menarikku rapat denganNYA

Terima kasih teman
Kerana sudi hadir dalam hidup ini
Hati yang dulu gelisah sentiasa
Kian pudar dan menghilang
Benarlah kata pujangga
Hati yang tertaut kerana Allah
Ikatannya sangat manis dan utuh kekal selamanya.........

*********************************************************************

”Akmal, saya minta maaf banyak2 klu kata2 saya ini membuatkan awk kecewa...Tapi, saya nak awk tahu kekecewaan sekarang amat kecil berbanding dengan kecewanya iman kita tatkala melihat kita berhubung sebegini...sy nk awk tahu, perhubungan sebegini takkan ke mana. Sy sudah sedar apa yang berlaku dan sy juga amat berharap agar awk juga sedar bahawa jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Hanya DIA yang dapat menyatukan hati2 hambaNYA. Klu boleh kita jgn berjumpa lagi selepas ini. Kita sama2 meng’islah diri kembali dan merenung dengan mata hati setiap apa yang telah kita lakukan....INSYA_ALLAH klu ada jodoh, kita akan berjumpa lagi dalam situasi dan keadaan berbeza....”
~NEZA~

Sepucuk surat perpisahan kuberikan kepada Akmal...ku doakan agar dia faham dan dapat menerima keputusanku ini dengan hati yang terbuka. Apa yang ku ingin lakukan sekarang ialah meneruskan perjuangan as-Syahid Hassan al-Banna di kampusku sekarang...”jika kamu mengejar akhirat nescaya dunia akan mengejarmu”. INSYA_ALLAH........

PETIKAN CERPEN MAJALAH CAHAYA KELUARAN JAN-FEB 2009
BY : NUUR EZAINI AKMAR ISMAIL

2 comments:

Anonymous said...

cerita penambah rasa..
kekuatan harus dibina..

Abu Tausi said...

salam..
indahnya pertemuan seindah senyuman..
dilihat cantik direnung tajam..
ditolak kawan ditolak iman..
semata-mata mengikut ilham..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...