About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Monday, 24 January 2011

Taqwa

Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.


Menurut Syara', 'Taqwa' bererti: "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".


Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :


"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )


Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".


Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".


Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".


Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".


Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".


Martabat Taqwa

Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;


Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran


Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :

"...lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)


Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : "لا إله إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.


Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.


Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.


Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)


Muslim yang Berjuang dan Bertaqwa

Merentasi era peradaban modern yang menyaksikan keruntuhan akhlak , moral dan aqidah ummah kini di paras bahaya , memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh .


Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan mereka yang mengaku muslim .


Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan ummat Islam turut terjebak dalam kancah perlecehan akhlak, moral dan aqidah.


Saksikanlah, bagaimana dunia kini amnya dan negara kita khasnya dilanda kehancuran peradaban Insaniyyah, sehingga hilang peri kemanusiaan sebaliknya peri kebinatangan menguasai minda sebahagian besar ummat manusia.


Menyedari realiti dunia dan ummah hari ini, marilah kita mengambil kesempatan daripada ibadah puasa yang dijalani sebulan di bulan Ramadhan untuk membina syakhsiyyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh kepada Allah swt. serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini .


Kitalah selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk menyelamatkan diri , dunia dan ummah dari bahana syahwah yang menyimpang jauh dari Manhaj Ilahi .


Pejuang yang dilengkapi sifat taqwa yang mantap sebagai alat keselamatan dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan kufur , hak dan bhatil serta islam dan jahiliyyah.


Source: http://www.iluvislam.com


"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"

⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠










Bagaimana Bertawakkal Dalam Ibadah?

Bila kita sebut mengenai tawakal, pasti kita akan terbayangkan musibah dan ujian. Begitu juga tawakal dalam urusan keduniaan seperti mencari rezeki, menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Saya juga berfikiran sebegitu sebelum ini sehinggalah saya membaca satu tulisan Ibn Taimiyah rahimahullah


Dalam Majmu' al-Fataawa yang menyebut bahawa mereka yang menyangka bahawa tawakal itu hanyalah untuk menuntut bahagian keduniaan adalah satu sangkaan yang salah!


Bahkan tawakal dalam urusan ibadah adalah lebih utama [Lihat : Majmu' al-Fataawa, jilid 5, bahagian 10, hlmn. 16]. Lepas membaca tulisan beliau, saya terfikir-fikir bagaimana nak memahamkan apa yang dimaksudkan dengan tawakal dalam urusan ibadah.


Alhamdulillah, dengan petunjuk dari Allah, akhirnya saya memahami maksud statement tersebut apabila membaca apa yang ditulis oleh Ibn Rajab rahimahullah dalam Jami' al-'Ulum wa al-Hikam mengenai tawakal.


Apabila kita melakukan satu ketaatan kepada Allah, tidak kiralah samada solat, puasa, zikir, membaca al-Quran, haji, umrah dan sebagainya, kita sering mengharapkan pahala daripada Allah atas amalan kita. Kita bertungkus-lumus melakukan ketaatan kerana inginkan syurga. Tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk bertawakal kepada Allah; iaitu kita lupa untuk menyerahkan urusan ibadah kita kepada Allah.


Kita merasakan bahawa ibadah kita semata-mata mampu membawa kita ke syurga, sedangkan kita tidak sedar bahawa melaksanakan ibadah itu adalah satu sebab untuk kita masuk ke syurga dan selamat dari api neraka. Tetapi Allah jualah penentu segalanya!


Tetapi ini tidaklah pula bermakna kita bersahaja dalam melakukan ibadah dan mengharapkan rahmat Allah semata-mata. Ambillah sebab (ibadah) dan bersungguh-sungguhlah kerana ia merupakan satu kewajipan yang diperintahkah oleh Allah.


Disebut dalam satu hadis :

'Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa berusaha (supaya menjadi seorang yang taat dan patuh) dan beramal untuk apa yang akan berlaku selepas mati manakala orang yang malas (berusaha) pula ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan berharap agar Allah akan mengampunkannya"

[Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Majah, al-Baihaqi, al-Tabarani dan al-Hakim].


Al-Tirmizi berkata hadis ini hasan. Al-Hakim : Hadis ini sahih atas syarat al-Bukhari tetapi al-Zahabi mengatakan bahawa hadis ini bukan atas syarat al-Bukhari, dan Abu Bakar (salah seorang perawi hadis) adalah waahiin]


Sama juga apabila kita sakit. Kita berusaha mencari ubat untuk mengubati sakit kita, sedangkan ubat hanya sebab. Allah jualah penyembuh setiap sakit.


Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Hud ayat 123 yang bermaksud :

"Oleh itu, sembahlah Dia serta berserahlah kepadaNya."


Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam juga ada bersabda : '

Sesungguhnya amalan seseorang itu tidak akan dapat menyelamatkannya', mereka (para sahabat) berkata : Walaupun tuan wahai Rasulullah? Baginda shallallahu 'alayhi wa sallam menjawab : 'Walaupun aku, kecuali mereka yang mendapat rahmat dari Allah...'

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari (6098) dan Muslim 2816)].


Laksanakanlah ibadah dengan bersungguh-sungguh dan bertawakallah kepada Allah sepenuh jiwa. Semoga Allah mengurniakan Syurga buat kita semua.


Source: http://www.iluvislam.com



"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"

⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠

Thursday, 20 January 2011

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah S.W.T dan orang yang takut akan Allah S.W.T maka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya maka akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

7. Dari Aisyah RA, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah RA berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan-Nya.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya pada saat melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama-Nya.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu (susu ASI) kepada anaknya maka akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih maka akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang mendorong suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit maka akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya. Dan bila dia menghibur hati anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadah.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" maka akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" maka Allah akan berkahkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir maka akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya maka Allah mengaruniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, maka dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat maka akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktunya (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu (susu ASI) kepada anaknya yang menangis, maka Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya maka akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah ibadah, maka akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat. Tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya, iaitu memakai jilbab di dunia ini dengan istiqamah.


*Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMU YA ALLAH kerana diciptakan sebagai seorang wanita.

*Bersyukurlah anda dilahirkan sebagai seorang wanita, kerana sesungguhnya setiap ciptaan ALLAH S.W.T mempunyai keistimewaan yg tersendiri.





"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"

⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠













Sunday, 19 December 2010

Background Baru

Nk tukar background br..nk tukar background br…memandangkan hr ni aku cuti bekerja dpt la juga aku luangkan sedikit masa utk update blog aku ni..yg sudah sekian lama tidak di update..aku penuhi masa2 cuti aku ni dgn update blog aku ni selain drpd memasak…

Akhirnya hr ni dpt gak aku tukar background br utk blog aku…slps sekian lama tidak di tukar backgroundnya. Blog ni pun mcm manusia juga..inginkan perubahan, klu manusia boleh berubah pakaiannya atau sikapnya…blog pun boleh berubah..salah satunya…background.. betul x??? ;-)

Dlm byk2 website yg aku search utk background br blog aku ni..aku tertarik utk ke website http://www.ezwpthemes.com. Mcm2 kategori ada…warna2 themes dlm website ni pun lembut..sesuai dgn jiwa aku. Antara kategori2 yg ada spt berikut :

• Art Themes
• Business Themes
• Dating Themes
• Family Themes
• Fashion Themes
• Finance Themes
• Food Themes
• Games Themes
• Gardening Themes
• Health Themes
• Holiday Themes
• Internet & Software Themes
• Magazine Themes
• Movie Themes
• Music Themes
• Pets Themes
• Politics Themes
• Science & Nature Themes
• Shopping Themes
• Sports Themes
• Tech Themes
• Travel Themes
• Webmaster Themes
• Wedding Themes

Dalam byk2 kategori background yg ada, aku hanya tertarik pd General Themes. Berjam-jam gak la aku search themes utk blog aku ni..klu boleh aku nk ada warna purple…ada bunga sikit-sikit…boleh la..lgpun Cik Mel ni kan sukakan bunga apa2 pun mesti nk bunga…klu x pun mesti ada warna purple..nama pun favourite colour. Mestilah nk warna purple..Pada mataku ini warna purple lah yg paling cantik..hehehe..

Akhirnya jumpa gak aku dgn background yg cantik pd pdgn mataku ni…tp ada 6 pilihan la lak…nk pilih yg mn satu ni??? hmmm…

Pilihan 1:

Pilihan 2:
Pilihan 3:
Pilihan 4:
Pilihan 5:
Pilihan 6:


Nk wat pilihan pun berjam-jam..ni la Cik Mel kan..cerewet..terlalu cerewet..pilih background pun berjam-jam..(ni belum lg pilih bakal suami…eh2 melalut lak..hehehe). Semua pilihan background yg ada tlh aku try..semua pilihan yg ada mmg cantik..


Akhirnya aku pilih, pilihan yg kelima..pd pdgn aku background ni cantik n simple…pilihan yg lain tu akn aku gunakan pd masa akn dtg..










"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...