2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah S.W.T dan orang yang takut akan Allah S.W.T maka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya maka akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
7. Dari Aisyah RA, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah RA berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan-Nya.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya pada saat melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama-Nya.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu (susu ASI) kepada anaknya maka akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih maka akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang mendorong suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit maka akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya. Dan bila dia menghibur hati anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadah.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" maka akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" maka Allah akan berkahkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir maka akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya maka Allah mengaruniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, maka dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat maka akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktunya (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu (susu ASI) kepada anaknya yang menangis, maka Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya maka akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah ibadah, maka akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat. Tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya, iaitu memakai jilbab di dunia ini dengan istiqamah.
*Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMU YA ALLAH kerana diciptakan sebagai seorang wanita.
*Bersyukurlah anda dilahirkan sebagai seorang wanita, kerana sesungguhnya setiap ciptaan ALLAH S.W.T mempunyai keistimewaan yg tersendiri.
"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠
2 comments:
Subhanallah betapa mulianya seorang wanita sholeha..
Setiap makhluk ciptaan Allah mempunyai kelebihan yg tersendiri... =)
Post a Comment