About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Friday 8 July 2011

Jodoh














Setiap manusia di dunia ini inginkan jodoh yang terbaik untuk diriya. Lelaki inginkan wanita yang solehah untuk dijadikan isterinya. Begitu juga wanita, inginkan lelaki yang soleh untuk dijadikan suaminya. Jika kita inginkan pasangan yang soleh/solehah, kita perlu menjadi soleh/solehah terlebih dahulu. Perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Insya_Allah, Allah akan hadirkan pasangan yang terbaik untuk kita sepertimana keperibadian kita. Here. Jodoh itu akan sampai apabila kita sudah benar-benar bersedia untuk bergelar suami/isteri.





Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman.


Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup seistimewa Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.






Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:


"Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan."

(Riwayat al-Baihaqi)



"Bukan kesempurnaan yang ku cari, tetapi aku mengharapkan seorang lelaki yang mencintai Allah melebihi segalanya. Lelaki yang mencintai Allah lebih daripada dia mencintai diriku dan tatkala aku melihatnya, hatiku bergetar menyatakan cinta. Tika itu aku tahu bahawa aku mencintainya kerana Allah, bukan kerana nafsu atau pun hartanya."



"Jika kita benar-benar berusaha mencintai Allah, pastilah DIA akan berikan cintaNYA."



"Ya Allah, bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku? Pasti akan ku tunggu saat indah itu Ya Khaliq. Titipkan salamku padanya walau di mana pun dia berada. Pertemukan kami dalam keadaan mulia dan penuh rahmatMU. Amin."



Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cinta yang Engkau redhai. Anugerahkanlah kepadaku cinta orang yang mencintaiMU. Kurniakanlah kepadaku lelaki yang soleh yang mampu menjadi imamku, mampu memimpin tanganku menyelusuri jalan menuju ke syurgaMU.



Berilah hatimu pada Allah, Allah pasti temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya.



Hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tidak sabar, kurang tawakal dan tidak yakin akan ketentuan Allah. Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.



Pasti!!!








"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠





















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...