About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Wednesday 3 November 2010

Serasi atau Sebaliknya???


Situasi 1:

Lelaki A- Tak serasi la…dia kuat merajuk, kuat menangis, queen control semua msg dan list phone number aku dia nk check..termasuk la emel dan facebook aku…bosan aku..lebih baik aku tinggalkan dia, cari perempuan lain..aku dgn dia mmg tak serasi la..aku nk perempuan yg sekepala dgn aku..br serasi. Relax la bro, aku kan handsome...kerete besar, ada jenama lagi, kau tgk je la pakaian aku semua berjenama, jam aku...handset aku semua berjenama. Senang aku nak tackle perempuan, perempuan skrg senang nk dpt...kau tgk je la friends list facebook aku...byk kwn2 perempuan, cun2 lak tu...hari2 aku tgk gmbr kwn2 perempuan facebook aku, mcm2 gmbr dorg posing, geram aku tgk...smpi mata aku ni pun boleh pusing 360 darjah. Aku tackle je kwn perempuan dlm facebook aku ni...yg cun la...br sesuai dgn aku. Aku kan "sweet talker" ayat je perempuan ni guna ayat2 manis, mesti cair punya...terus perempuan ni jd gf aku.Then, ajak keluar berdua, ambil gmbr berdua...lama2 syg la dia kat aku, kebanyakan perempuan yg aku kenal syg sgt kat aku. Maka terciptalah "kenangan" kami berdua. Aku boleh gak selalu tukar profile picture facebook aku, letak "gmbr mesra" kami berdua and letak status "in a relationship." klu x serasi, tgglkn je...cr perempuan lain lak, zmn skrg senang nk dpt perempuan, melalui facebook je...mudah je bro, lagi2 orang mcm aku. Tapi gmbr2 perempuan2 yg pernah jd "awek" aku, aku simpan la, buat satu folder dlm laptop aku" koleksi gmbr2 awek aku," boleh la aku tunjuk gmbr2 tu kat member2 aku akn kehebatan aku sebagai seorang "lelaki" yg berjaya pikat ramai perempuan.


Lelaki B- Aku dh jumpa perempuan yg sesuai dgn aku, cantik…lebih cantik dr girlfriend aku skrg, sbb tu aku tinggalkan dia...lgpun aku kan handsome, mmg sesuailah yg handsome dgn yg cantik. Selama ini aku hipokrit je dgn dia...pura2 je baik depan dia, tapi hakikatnya aku x pernah berubah dan aku x la cintakan dia sgt.


Lelaki C- Alaaaa…aku bujang lg la..selagi aku bujang, aku bebas nk kwn or couple dgn mn2 perempuan. Kalau aku x serasi dgn perempuan ni, aku couple dgn perempuan lain. Apa susah!!! br girlfriend aje, belum jd isteri lg..kalau aku bosan dgn perempuan ni..aku cari perempuan lain…aku pasang spare part..kalau aku putus dgn perempuan ni…perempuan lg satu ada…so, x frust menonggeng la aku..aku bebas nk buat pilihan, w/pun aku byk girlfriend..aku hanya pilih satu perempuan yg terbaik bg aku utk dijadikan isteri.

Lelaki D- Family aku x restu la...sbb tu aku tgglkan dia mcm tu je...aku nk bila aku pertama kali bw gf aku jumpa family aku dan family aku restu. Aku akn melamarnya, tapi kalau family aku x restu...aku tgglkan aje. Byk lg perempuan lain, aku boleh cari...aku kan handsome...senang nk dapat perempuan. Bagi aku restu family tu penting, kalau family aku x restu...aku cari lain...then, perkenalkan yg baru kat family aku...andai family aku x suka...aku tgglkan mcm tu je...aku akan cari dan cari...sampailah aku dapat restu family aku.

Lelaki E- Insya_ALLAH…kalau jodoh aku dgn dia..x ke mana..aku x berminat nk couple2 ni…couple2 ni x ada dalam Islam…hbgn spt ini, ALLAH x redha..aku memang tertarik dgnnya…tingkahlakunya..agamanya…memang benar2 menambat hatiku ini..aku yakin dia boleh menjadi isteri yg solehah dan ibu yg baik utk anak2ku kelak…buat masa skrg ni, aku nk kukuhkan kewangan aku..ilmu aku..aku nk dalami sedalamnya ilmu berkenaan dgn rumahtangga dan tggjwb sebagai suami, agar aku dapat menjadi ketua keluarga yg dapat membimbing isteri dan anak2 kelak ke jalan yg diredhai ALLAH S.W.T dan agar mahligai yg aku bina kelak bahagia dunia dan akhirat, bgku perkahwinan merupakan satu ibadah dan satu tggjwb…setelah segalanya selesai, aku akan melamarnya utk menjadi isteriku dunia dan akhirat.


Situasi 2:

Perempuan A- Dia yg putuskan hbgn, aku x nk…dia kata, dia x serasi dgn aku..dia bosan dgn sikap aku..kuat merajuk..kuat menangis…queen control. Aku bukannya merajuk hr2, kdg2 je..normal la bg seorang wanita tu kuat merajuk dan menangis..semua tu ada sbb..aku merajuk pun sbb dia…selalu mungkir janji..mcm mana aku x merajuk…tp merajuk aku tu sekejap aje…bukan hr2…yg aku menangis tu aku “stress”, bukannya aku suka2 je nk menangis…mn ada manusia dlm dunia ni nk menangis hr2..dorg menangis mesti ada sbb…aku menangis sbb aku ada masalah dlm kehidupan aku…menangis adalah suatu terapi yg baik utk mengurangkan tekanan yg kt dihadapi…pd dialah aku nk luahkan segalanya coz dia paling rapat dgn aku..dan aku hrp sgt dia dpt tenangkan aku…bg semangat kat aku…ni tidak..nape itu pun dia x faham…malah bg dia..aku “membebankan” dia..ada ke patut dia ckp mcm tu kat aku…sedih aku…huk3…aku pun bkn queen control..cuma pengalaman aku yg menyebabkan aku lebih berhati-hati dalam hidup aku..aku x nk perkara yg sama terulang lg dlm hidup aku…aku x nk dia curang dgn aku..aku mmg x kisah dia call or msg perempuan lain, keluar dgn perempuan lain..hak dia…belum jd suami lg..itu adalah hak dia..tp at least beritahu aku, supaya aku x salah faham dan x cemburu sgt hingga boleh menimbulkan pergaduhan antara kami.


Perempuan B- Nk buat mcm mn, dh itu pilihan dia…lgpun perempuan tu mmg cantik berbanding dgn aku..aku mmg sedih la..dia buat mcm tu kat aku..aku syg dan cintakan dia sgt2..aku harap suatu hr nnt dia akan berubah dan dia akan sedar bahawa kecantikkan itu bukanlah segala-galanya dlm hidup ini..aku juga berharap dia akan kembali pd aku satu hr nnt.


Perempuan C- Sampai hati dia buat mcm tu kat aku…huk3…apa salah aku pd dia…aku x pernah nk minta apa2 pd dia…just kasih syg drpd dia…aku x sangka dia sggp buat aku mcm tu…main kayu tiga belakang aku..depan aku bukan main lg kata “cinta” dan “sayangkan aku seorang shj…” rupa-rupanya, lebih dr seorang dia cinta dan syg..frust aku…aku harap, aku x jumpa dgn lelaki mcm ni lg.

Perempuan D-Family dia x restu la...tu yg dia tinggalkan aku mcm tu je...mmg la restu family tu penting. Tp kalau pertama kali jumpa mcm mana nk mesra...aku malu dan segan...nnt dh lama2 mesra la...tp dia x fikir mcm tu...bg dia kalau bawa sekali sepatutnya dh mesra dgn family dia. Dia nk mcm tu...x tau la aku cmne nk terangkan...bg aku bukan mudah menilai baik dan buruk seseorang dengan hanya sekali, dua atau tiga kali jumpa...Kalau dia berusaha mempertahankan aku dan menyatakan perkara yg dia minat tentang diri aku, tentu family dia akan faham dan merestuinya sbb dia lebih kenal aku daripada family dia.

Perempuan E- Insya_ALLAH, kalau jodoh aku dgn dia x ke mana…skrg ni dia tgh berusaha utk kukuhkan kewangan dan mendalami ilmu berkaitan rumahtangga. Aku juga sedang mendalami ilmu rumahtangga dan tggjwb sebagai seorang isteri yg solehah. Kalau boleh dia x nk aku bekerja, selepas berumahtangga nnt, dia srh aku ddk rumah…jaga dia dan anak2 kami kelak. Katanya “ tempat yg sebaiknya bg wanita dan seorang isteri adalah di rumah, krn di rumah pahala yg diperoleh wanita adalah lebih banyak..isteri perlu menjaga keluarga, pendidikan anak2 dan keamanan rumahtangga..coz silibus kejayaan wanita adalah berbeza dgn lelaki dlm beberapa hal..wanita atau seorang ibu adalah pendidik terbaik di rumah, dia mampu mencorak sikap dan sifat anak2 di hari kemudian terutamanya anak lelaki..didikan yg diberi kpd anak2 penting agar menjadi manusia yg berjaya di dunia dan akhirat..” Insya_ALLAH, dlm masa terdekat ini, dia akan melamarku dan mengahwiniku, aku yakin dgn pilihan hatiku ini..coz dia memiliki ciri2 lelaki yg tlh digariskan dalam al-Quran utk dijdkan suami, aku yakin dia mampu menjadi ketua keluarga yg baik utk keluarga kami kelak…dia adalah pilihan hatiku utk dijdkn suamiku yg pertama dan terakhir dlm hidupku…aku memang benar2 mencintainya krn pegangan agamanya yg kuat begitu juga dia, dia mencintaiku krn agama yg ada pdku..aku akan berusaha agar mahligai yg kami bina kelak bahagia dunia dan akhirat…INSYA_ALLAH.


Situasi di atas adalah drpd beberapa pengalaman yg diceritakan kpdku, utk aku coretkan di sini buat pengajaran bgku dan juga orang lain…semua orang nk bahagia bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat...berdasarkan situasi yg di beri, jika aku di beri pilihan..aku ingin menjadi seperti perempuan E, beruntung kan dia…dapat suami yg soleh, yg boleh membimbing dia dan anak dia kelak dunia dan akhirat…tetapi semuanya telah ditentukan ALLAH S.W.T utk kt, jodoh, rezeki, ajal semuanya telah ditetapkan ALLAH S.W.T sejak azali lagi.

Menjadi wanita juga, byk cabaran yg perlu dihadapi..byk keputusan yg perlu dibuat dgn penuh berhati-hati..terutamanya soal jodoh…bagiku perkahwinan bukannya perkara yg boleh dibuat cuba-cuba. Jangan kerana umur yg sudah meningkat, digadaikan agama dan masa depan keluarga. Perkahwinan juga bukan seperti tukar baju (hari ini kahwin esok cerai), perkahwinan merupakan satu ibadah, di mana jika ibadah ini dilakukan mendapat pahala dan perkahwinan juga merupakan satu tanggungjawab di mana seorang suami mengetahui tggjwbnya sebagai suami begitu juga isteri, seorang isteri tahu tggjwbnya sbg isteri untuk membina keluarga yg bahagia dan diredhai ALLAH S.W.T di dunia dan di akhirat. Ingatlah bahawa perkahwinan adalah suatu keputusan yg besar.


“Apb. berkahwin seorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian daripada agamanya, maka hendaklah ia bertakwa kepada ALLAH dalam sebahagian yg lain…” -Hadis Nabi S.A.W.


Kriteria lelaki yg hendak dijadikan suami adalah amat penting bagi bakal isteri kerana bakal suami yg dipilih nnt yg bakal mencorakkan sesebuah keluarga. Ciri-ciri yg disebutkan dalam hadis Nabi S.A.W dalam mencari calon isteri digunakapakai juga dalam pemilihan calon suami iaitu “mengutamakan agama” daripada kecantikkan, keturunan dan harta.


INGATLAH:


“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih daripada tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat, mereka itu akan beroleh pengampunan dan perngurniaan yang mulia.”
(Surah An-Nur: 26)


Berdasarkan ayat ini, dapat kt fahami naluri kebaikan yg wujud dlm diri seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan. Naluri ini dijadikan ALLAH S.W.T akan sentiasa cenderung untuk mencari pasangan yg sesuai dgn jiwa dan kebiasaan mereka. Hal ini menjadikan seseorang yg buruk hati dan imannya akan berasa lebih selesa dengan pasangan seperti mereka. Maka terjadilah sepertimana situasi 1 (Lelaki A, B, dan C dan D) dan situasi 2 (Perempuan A, B, C dan D).


Ayat ini sebagai tanda ghalib atau majoriti, tetapi terdapat sesetengah keadaaan ALLAH S.W.T memberikan jodoh lelaki atau wanita “jahat” kepada individu yang “baik” atau “amat baik.” Hal ini tidak bercanggah dengan ayat di atas. Hikmahnya hanya ALLAH S.W.T sahaja yg Maha Mengetahui. Kemungkinan hamba yang soleh/solehah tersebut berjaya menjadi lebih soleh/solehah apabila mendapat pasangan yg kurang baik. Manakala pasangannya yg jahat menjadi soleh/solehah hasil drpd bimbingan pasangannya yang “baik” atau “amat baik” tersebut. Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yg terpilih menjadi lebih baik dgnnya. Bukan mudah utk mengubah seseorang yg kurang baik menjadi baik atau soleh/solehah, segalanya bergantung kpd individu tersebut, yg penting individu tersebut berubah kerana dia benar-benar ingin bertaubat dan kerana ALLAH S.W.T semata-mata. Namun begitu, boleh juga berlaku sebaliknya, yg jahat bertambah jahat, yg baik pula merudum jatuh. Nauzubillah.


Segalanya bergantung pada diri kita sendiri dalam membuat keputusan untuk memilih calon suami/isteri. Islam telah mengariskan panduan dalam pemilihan calon suami/isteri yang sebaik-baiknya. Maka ikutilah garis panduan tersebut. Adakalanya, sikap atau sifat calon suami/isteri tidak sama dgn kita, bukan bermakna tidak serasi…itu tidak semestinya. Jika terdapat persamaan sikap atau sifat itu bermakna kt serasi, tidak semestinya juga. Bahkan terdapat perbezaan sifat atau sikap seseorang itu menyebabkan kita serasi kerana terlalu “byk perbezaan” menyebabkan hidup kt menjadi lebih indah, manakala terlalu “byk persamaan” juga boleh menjadikan hidup kt membosankan.

~Sayangilah dirimu dan keluargamu~

~Jagalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka~





"Ceriakan dirimu dgn senyuman"
~^_^MeL Az-ZaHRa~^_^~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...