About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Tuesday, 9 November 2010

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Gunakan seluruh pancaindera

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

(Surah Muhammad : ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah S.W.T mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita:

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal atau pun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau pun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya_Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
















Peringatan Untuk Kaum Adam Dan Hawa

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
Maka Allah telah menciptakan, Bentuk badan wanita,
Itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
Maka ia ada hubungkait dengan nafsu,
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
Ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, Mestilah dikawal dengan iman,
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah,
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol,
Simbol apa??? Semua orang tahu,
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal, Jika tidak dikawal dengan iman,
Maka mata lelaki ini selalu menjalar,
Apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan, Boleh dihayati oleh seorang lelaki,
Dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu,
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, Maka perkara pertama yang akan dilihatnya, Ialah rambut wanita berkenaan,
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki, Akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya,
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka mata lelaki itu akan turun ke bawah, Melihat bentuk lehernya,
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi,
Melihat bentuk payu daranya,
Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya, Dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat,
Bentuk ramping pinggangnya,
Maka labuhkanlah pakaian, Supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.


Maka mata lelaki itu akan melihat pula, Akan bentuk punggungnya,
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya,
Agar bentuk punggung tidak kelihatan, Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
Yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
Pehanya walau sedikit.

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu, Akan bentuk kakinya pula,
Maka janganlah wanita itu berseluar, Kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, Walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
Jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, Nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, Entah tak tahu, Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, Setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, Menutup kakinya dengan melabuhkan kain, Atau memakai stoking yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan.
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
Akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
Maka tolonglah wahai muslimah, Agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
Janganlah pula kamu melihat mukanya,
Kerana ia akan menimbulkan fitnah, Kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, Takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
Maka berpurdahlah kamu,
Jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, Iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika,
Ia terlihat warna yang menyerlah atau terang,
Jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, Tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya, terang-terangan sangat,
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, Jika anda semua ingin tahu,
Apakah dia mata lelaki itu, Dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
Jangan anggap tugas kita telah selesai, Perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
Jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, Atau keluarlah sekurang2nya dengan 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar.

Mata lelaki pula,
Janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
Walau muslimah itu telah menutup aurat,
Insya_Allah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
Sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, Dan pada kaum lelaki, Mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, Kerana ia dilarang oleh Allah S.W.T.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.


Source:http://komuniti.iluvislam.com


*Seindah-indah Perhiasan Di Dunia Adalah Wanita Solehah*

"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"
~^_^MeL Az-ZaHRa^_^~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...