About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Saturday, 12 January 2013

Ujian Hati



Hakikatnya, seringkali terdengar.....

“Apabila menyayangi, terimalah kelebihan mahupun kekurangan yang ada pada diri orang yang disayangi…..”

Namun.....yang sebaiknya,

“Apabila menyayangi, hargailah kelebihan dan perbaiki serta tutupkanlah kekurangan yang ada pada diri orang yang disayangi…..

“Semoga dirimu lebih mengerti hakikat sebenar dalam menyayangi.....”

Bila kita sayang seseorang itu, kita sedia menerimanya seadanya biarpun kekurangnya… mungkin ada kelebihan yang tersembunyi dalam dirinya tanpa kita sedari, dengan menghargainya itu lebih bermakna dalam berkasih sayang supaya dapat menutupi kekurangannya walau di mata kasar ianya tidak sempurna namun jika dilihat dengan mata hati itulah rahsia yang sebenarnya yang harus kita miliki.
Kadang-kala kita mengeluh kerana terperangkap dalam KEGELAPAN malam, tetapi..... kita terlupa bahawa disebalik tirai kegelapan malam itu tersembunyi ribuan BINTANG yang menghiasi dada langit.

Dan…..

Ada ketikanya kita merasa hairan dengan tanah yang gersang lagi panas bagai MEMBAKAR, namun masih ada hidupan yang menghuninya.

Kerana kita terlupa bahawa tanah yang gersang lagi kering itu pasti akan berubah bagai lautan bunga-bungaan yang indah serta sungai yang mengalir apabila turunnya HUJAN.

“Di hujung tangisan, pasti akan ada senyuman yang terukir…..”


 

Saat anda melihat hamparan padang Sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah tali itu akan segera putus dan setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa nyaman dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Ingatlah sahabat, setelah kesulitan itu pasti akan muncul kemudahan…..percayalah pada janjiNya, Dialah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segalanya yang berlaku dlm hidup kita..insya_Allah..tetaplah bersabar.

Allah lebih mengetahui apakah “pemberian yang terbaik” buatmu setelah dikau diuji dengan derita yang bagai tiada berpenghujung...

Mengertilah wahai hati.....

Dikau akan pasti tersenyum syukur dalam sujudmu di pengakhirannya....maka pujuklah hatimu agar kekal bersabar.....

“Kadang kala perlu untuk “memadamkannya” dari Hati.....” agar ada ruang untuk lebih “kenali diri” dan mengundang bahagia yang lebih hakiki untuk di isi diruangan hati…..”

Hakikatnya...

“Bahagia itu bukanlah sesuatu yang boleh dijanjikan...tetapi...Sejauh mana ketabahan hati dalam menghadapi sesuatu...Maka, itulah bahagia yang sebenarnya…..”

Ada ketikanya hati merasa sepi dari pandangan sesama insan.....dan juga merasa sepi dari kasih sayang yang diharapkan.....

Tetapi.....

Hakikatnya hati itu tidak pernah sepi daripada pandangan Allah S.W.T, kerana kasihNya yang bertali arus tidak pernah putus…..malah melebihi dari yang diharapkan, hanya pandangan yang melihat pada sepi hilang dalam kasih sayang kerana jauh dari hati yang sukar difahami namun riak dan mata bercerita akan kesepian itu mengharap ada yang sudi mengerti segalanya dan sesungguhnya Allah S.W.T mengerti segala yang tersurat dan tersirat dalam diri setiap insan.

Mengertilah wahai hati.....

Janganlah dikau iringi perjalanan hidupmu bertemankan kenangan…..kerana kiranya kenangan itu INDAH mungkin dikau akan tersenyum mengingatinya..tetapi akan timbul kesedihan kerana ia sudah pun berlalu dari hidupmu.

Dan kiranya kenangan itu PEDIH, hanya akan mengaburi fikiranmu dengan kehampaan dan dikau akan berterusan tenggelam dalam kesedihan.

Maka.....

Sebaiknya...biarlah perjalanan hidupmu diringi dengan IMPIAN, kerana dengan IMPIAN, hatimu akan terbit Kekuatan dalam mencapai HARAPAN…..

Sedarilah sebenarnya kita masih hidup pada hari ini dan bukannya masa lalu. Jangan biarkan dirimu dihantui oleh peristiwa silam. Jangan asyik dengan memikirkan perkara atau peristiwa buruk yg telah berlaku. Ini akan membuatkan dirimu terus berada dalam keadaan bersedih, gelisah dan tidak bermotivasi.

Hati..... lemah itu bukan peribadimu.....kamu mesti KUAT! KUAT! KUAT!  lupakan sahaja kesilapan lalu itu, kerana ianya tidak akan membawa kamu kemana-mana pun sekiranya masih membiarkan emosi dan fikiran masih dikuasai oleh perasaan bersalah.

AllahuAkhbar3x

Lepaskanlah...jangan dibawa masa silam...

Bisikanlah pada hatimu...

Agar tidak membawa kekecewaan dan kepedihan semalam hingga ke hari ini, kerana ia hanya menutup cahaya bahagia yang seringkalinya hadir tanpa pernah dijangka.

Telah ku cuba untuk tidak membawanya namun perasaan yang kecewa itu akan hadir bersama dengan kepedihan yang terlalu sukar untuk melupakannya biarpun ku sedar segalanya telah hilang bersama kenangan yang menyakitkan namun apa yang terungkai akan terjawab dengan “hadirnya ketabahan” yang “menunggu kepulangan kebahagiaan” yang akan hadir bersama “kegembiraan.....”
Cukuplah sekadarnya yang termampu oleh kudrat diri. Sudah sampai saat dan ketikanya untuk memberi ruang pada hati untuk berfikir dan menghitung diri dalam mencari kasihNya disisi.

Hakikatnya.....

Samaada kasih sayang itu membawa kepada kebaikan ataupun  melumpuhkan....
tanyalah pada hati...                                                                                                                                                                      
Maka.....

Hati pula akan bertanya pada dirinya,

Sejauh mana kekuatan, kesabaran dan keikhlasan yang ada padanya serta sejauh manakah IMAN dan SYUKUR menjadi sandaran selama ini.





"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"
 

    ⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠

















NUR





Nur..... 
Cahaya yang menyinari seluruh alam
Menyuburkan ladang
Menghijaukan tumbuhan
Mewarnai seluruh alam

Indah pandangan dek kerana nur
Indahnya ciptaan dek kerana nur
Berserinya kejadian dek kerana nur

Suburnya iman dibajari nur
Ikhlasnya perlakuan dek kerana nur
Sucinya fikiran dek kerana nur

Nur.....
Nur.....
Nur.....

Cahayamu semarak iman yang tinggi kepada penciptaMU
Yang menghidupkan dan yang mematikan
Yang Berkuasa ke atas seluruh alam semesta

Allahuakhbar3x



"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠





 

Monday, 3 September 2012

Puasa Sunat Syawal



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal, ia seperti puasa setahun penuh.”
(Riwayat Muslim)

30 hari + 6 hari = 1 tahun

Sesiapa yang berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“ Berpuasa pada bulan Ramadhan seolah-olah berpuasa selama 10 bulan, manakala puasa 6 hari pada bulan syawal seperti berpuasa 2 bulan.”
                                                                                                                        (Riwayat Imam al-Nasa’i)

Dalam Sabil al-Muhtadin dinyatakan:
Setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari pada bulan Syawal diganjari dengan 60 hari. Jika dikira, ia berjumlah 360 hari dan menyamai jumlah hari dalam setahun.

Puasa Qada @ Puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal


Bil
Pelaksanaan
Dalil
Huraian
1.
Puasa qada dahulu, kemudian puasa sunat Syawal.
Nabi S.A.W bersabda:
 “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari pada bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang tahun
(Riwayat Muslim)
Hadis ini menyatakan bahawa perlu menggantikan puasa Ramadhan dahulu, kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat Syawal.
2.
Puasa sunat Syawal dahulu, kemudian puasa qada.
Berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqada sehingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata:
“ Aku memiliki hutang puasa pada bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah S.A.W.”
(Sahih Muslim)

Hal ini disebabkan puasa sunat Syawal waktunya terhad dalam bulan Syawal sahaja, manakala puasa qada boleh ditunaikan dalam jangka masa yang lebih panjang. Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah bahawa tidak mungkin Aisyah tidak berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadhan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sekalipun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
3.
Berniat puasa qada dan apabila puasa qada tersebut berkebetulan dengan hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali.
Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama fiqah seperti Sheikh Zakariyya al-Ansari, Sheikh ‘Atiyyah Saqr dan kebanyakan ulama Shafi’yyah.
Apabila amalan wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat akan turut diperoleh. Contohnya, apabila masuk ke dalam masjid dan didapati solat fardu sedang dilakukan oleh jemaah, maka hendaklah terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyat al-masjid juga akan diperoleh. Sheikh Zakariyya al-Ansari menyatakan apabila berpuasa qada dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadith Rasulullah S.A.W agar berpuasa pada bulan Syawal.


* Kesimpulan: Qada terlebih dahulu puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan (lebih afdal). Sekiranya ada kesempatan, bolehlah diteruskan dengan puasa sunat Syawal . Jika tiada kesempatan, moga-moga puasa qada pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam sekali.

Niat puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal





Sumber: Dipetik & diubahsuai daripada majalah Solusi


"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"

 
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠

Sunday, 6 May 2012

Aku Terima Nikahya


Aku Terima Nikahya: "Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita."

Bercinta Sampai Ke Syurga: "Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia."

Murabbi Cinta: "Dua petikan daripada Edisi Istimewa  Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Hingga ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, seorang Murabbi Cinta yang hakiki."

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku memiliki buku ini "Aku Terima Nikahya" karya Hasrizal Abdul Jamil di International Book Fair 2012, malah dapat juga ku bertemu dengan penulisnya. Buku yang selama ini ku ingin memilikinya untuk ku jadikan panduan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan untuk dijadikan sebagai koleksi peribadiku yang gemar membaca.

Seperti kata Prof. Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali (Izzi)(Pensyarah/Perunding Motivasi):


 Aku Terima Nikahnya karya Hasrizal Abdul Jamil bukan sekadar retorik. Falsafah cinta yang diutarakan tidak tertumpu pada cinta Adam dan Hawa, tetapi melampaui kehidupan selepas “Aku terima nikahnya..…dilafazkan oleh bakal suami. Tulisannya tertumpu pada memulihara dan ‘survival’ sebuah perkahwinan. DOs and DON’Ts yang dikongsikan wajar dijadikan rujukan bagi pasangan yang mahu atau telah berumah tangga. Sebuah buku yang amat relevan untuk masa kini. Patut dimiliki oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat. Renung-renungkan dan selamat beramal. 

♥♥Harapan dan doaku, moga aku memperoleh seorang suami yang ku dambakan selama ini, agar dapat aku tunaikan nazarku padaMU Ya Allah.....amin.♥♥


....Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai....."



TIGA perkataan bermakna yang paling di tunggu oleh setiap wanita.....bukan "I LOVE YOU" tetapi "AKU TERIMA NIKAHNYA".....♥♥ 




"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠







 

Organ dan Kesihatan


Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH S.W.T telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. DIA menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa. Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

"Ya Allah, Sinarkanlah NurMU ke dalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMU Ya Allah yang Maha Pengasih."

"Ya Allah, keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayahMU seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMU,Ya Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.....Amin Ya Rabialamin."




"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...