Aku Terima Nikahya: "Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita."
Bercinta Sampai Ke Syurga: "Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia."
Murabbi Cinta: "Dua petikan daripada Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Hingga ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, seorang Murabbi Cinta yang hakiki."
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku memiliki buku ini "Aku Terima Nikahya" karya Hasrizal Abdul Jamil di International Book Fair 2012, malah dapat juga ku bertemu dengan penulisnya. Buku yang selama ini ku ingin memilikinya untuk ku jadikan panduan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan untuk dijadikan sebagai koleksi peribadiku yang gemar membaca.
Seperti kata Prof. Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali (Izzi)(Pensyarah/Perunding Motivasi):
Aku Terima
Nikahnya karya Hasrizal
Abdul Jamil bukan sekadar retorik. Falsafah cinta yang diutarakan tidak
tertumpu pada cinta Adam dan Hawa, tetapi melampaui kehidupan selepas “Aku
terima nikahnya..…” dilafazkan oleh bakal suami. Tulisannya tertumpu
pada memulihara dan ‘survival’ sebuah perkahwinan. DOs and DON’Ts
yang dikongsikan wajar dijadikan rujukan bagi pasangan yang mahu atau telah
berumah tangga. Sebuah buku yang amat relevan untuk masa kini. Patut dimiliki
oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat. Renung-renungkan
dan selamat beramal.
TIGA perkataan bermakna yang paling di tunggu
oleh setiap wanita.....bukan "I LOVE YOU" tetapi "AKU TERIMA
NIKAHNYA".....♥♥
"Ceriakan Dirimu Dengan
Senyuman"
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠
4 comments:
"aku terima nikahnya"
belum habis baca. tapi semua cerita dan pengalaman dlm tu blh djadikan panduan.
paling ingat yg pasal cite tv kat rumah tu and cartoon shin chan.guna cara tu utk budak2 :)
subhaanalloh.. indah sekali ya...
moga lekas menikah :)
Akh Joko: Amin...doa'in ya... =)
=) (tengah senyum)
Post a Comment