Hakikatnya, seringkali terdengar.....
“Apabila
menyayangi, terimalah kelebihan mahupun kekurangan yang ada pada diri orang yang
disayangi…..”
Namun.....yang sebaiknya,
“Apabila
menyayangi, hargailah kelebihan dan perbaiki serta tutupkanlah kekurangan yang
ada pada diri orang yang disayangi…..”
“Semoga dirimu lebih mengerti hakikat sebenar
dalam menyayangi.....”
Bila kita sayang seseorang itu, kita sedia
menerimanya seadanya biarpun kekurangnya… mungkin ada kelebihan yang tersembunyi
dalam dirinya tanpa kita sedari, dengan menghargainya itu lebih bermakna dalam berkasih
sayang supaya dapat menutupi kekurangannya walau di mata kasar ianya tidak
sempurna namun jika dilihat dengan mata hati itulah rahsia yang sebenarnya yang
harus kita miliki.
Kadang-kala kita mengeluh kerana terperangkap
dalam KEGELAPAN malam, tetapi..... kita
terlupa bahawa disebalik tirai kegelapan malam itu tersembunyi ribuan BINTANG yang menghiasi dada langit.
Ada ketikanya kita merasa hairan dengan tanah yang gersang lagi panas bagai MEMBAKAR, namun masih ada hidupan yang menghuninya.
Kerana kita terlupa bahawa tanah yang gersang lagi kering itu pasti akan berubah bagai lautan bunga-bungaan yang indah serta sungai yang mengalir apabila turunnya HUJAN.
“Di hujung tangisan, pasti akan ada senyuman yang terukir…..”
Saat anda melihat hamparan padang Sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah tali itu akan segera putus dan setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa nyaman dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Ingatlah sahabat, setelah kesulitan itu pasti akan muncul kemudahan…..percayalah pada janjiNya, Dialah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segalanya yang berlaku dlm hidup kita..insya_Allah..tetaplah
Mengertilah wahai hati.....
Dikau akan pasti tersenyum syukur dalam sujudmu di pengakhirannya....maka pujuklah hatimu agar kekal bersabar.....
“Kadang kala perlu untuk “memadamkannya” dari Hati.....” agar ada ruang untuk lebih “kenali diri” dan mengundang bahagia yang lebih hakiki untuk di isi diruangan hati…..”
Hakikatnya...
“Bahagia itu bukanlah sesuatu yang boleh dijanjikan...tetapi...Sejauh mana ketabahan hati dalam menghadapi sesuatu...Maka, itulah bahagia yang sebenarnya…..”
Ada ketikanya hati merasa sepi dari pandangan sesama insan.....dan juga merasa sepi dari kasih sayang yang diharapkan.....
Tetapi.....
Hakikatnya hati itu tidak pernah sepi daripada pandangan Allah S.W.T, kerana kasihNya yang bertali arus tidak pernah putus…..malah melebihi dari yang diharapkan, hanya pandangan yang melihat pada sepi hilang dalam kasih sayang kerana jauh dari hati yang sukar difahami namun riak dan mata bercerita akan kesepian itu mengharap ada yang sudi mengerti segalanya dan sesungguhnya Allah S.W.T mengerti segala yang tersurat dan tersirat dalam diri setiap insan.
Mengertilah wahai hati.....
Janganlah dikau iringi perjalanan hidupmu bertemankan kenangan…..kerana kiranya kenangan itu INDAH mungkin dikau akan tersenyum mengingatinya..tetapi akan timbul kesedihan kerana ia sudah pun berlalu dari hidupmu.
Dan kiranya kenangan itu PEDIH, hanya akan mengaburi fikiranmu dengan kehampaan dan dikau akan berterusan tenggelam dalam kesedihan.
Maka.....
Sebaiknya...biarlah perjalanan hidupmu diringi dengan IMPIAN, kerana dengan IMPIAN, hatimu akan terbit Kekuatan dalam mencapai HARAPAN…..
Sedarilah sebenarnya kita masih hidup pada hari ini dan bukannya masa lalu. Jangan biarkan dirimu dihantui oleh peristiwa silam. Jangan asyik dengan memikirkan perkara atau peristiwa buruk yg telah berlaku. Ini akan membuatkan dirimu terus berada dalam keadaan bersedih, gelisah dan tidak bermotivasi.
Hati..... lemah itu bukan peribadimu.....kamu mesti KUAT! KUAT! KUAT! lupakan sahaja kesilapan lalu itu, kerana ianya tidak akan membawa kamu kemana-mana pun sekiranya masih membiarkan emosi dan fikiran masih dikuasai oleh perasaan bersalah.
AllahuAkhbar3x
Lepaskanlah...jangan dibawa masa silam...
Bisikanlah pada hatimu...
Agar tidak membawa kekecewaan dan kepedihan semalam hingga ke hari ini, kerana ia hanya menutup cahaya bahagia yang seringkalinya hadir tanpa pernah dijangka.
Telah ku cuba untuk tidak membawanya namun perasaan yang kecewa itu akan hadir bersama dengan kepedihan yang terlalu sukar untuk melupakannya biarpun ku sedar segalanya telah hilang bersama kenangan yang menyakitkan namun apa yang terungkai akan terjawab dengan “hadirnya ketabahan” yang “menunggu kepulangan kebahagiaan” yang akan hadir bersama “kegembiraan.....”
Cukuplah sekadarnya yang termampu oleh kudrat diri. Sudah sampai saat dan ketikanya untuk memberi ruang pada hati untuk berfikir dan menghitung diri dalam mencari kasihNya disisi.
Hakikatnya.....
Samaada kasih sayang itu membawa kepada kebaikan ataupun melumpuhkan....
tanyalah pada hati...
Maka.....
Hati pula akan bertanya pada dirinya,
Sejauh mana kekuatan, kesabaran dan keikhlasan yang ada padanya serta sejauh manakah IMAN dan SYUKUR menjadi sandaran selama ini.
"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠
No comments:
Post a Comment