About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Saturday, 27 August 2011

Hanya Kerana Mata

Dari kerana mata.....



Dosa sebelah biji mata lebih berat dari amal ibadah selama 500 tahun


Sebuah peringatan (dipetik daripada sebuah blog) yang ingin dikongsikan kepada anda semua termasuklah diri ini…..yang sering alpa dan lalai, yang terkadang telah berbuat dosa tanpa kita sedari di dalam mencuba menjaga ketaatan kepadaNYA…..merasa diri baik, tetapi tidak sedar dosa yang merimbun lebat…..Astaghfirullah al-adzim. Alhamdulillah, bersyukur padaMU ILLAHI…..kerana diwaktu usiaku ini, Allah S.W.T telah memberikan hidayahNYA pada diriku ini, yang sentiasa mencari-cari cintaNYA yang sungguh indah lagi abadi. CintaNYA yang tidak pernah berkurang…malah semakin bertambah walaupun telah direbut oleh hamba-hambaNYA yang lain.

*******************************************************************************


Di zaman dahulu kala, ada seorang lelaki alim, warak dan kerjanya hanya beribadah kepada Allah siang, malam pagi dan petang. Hari-hari dia berpuasa dan hari-hari bertahajjud kepada Allah S.W.T. kerana kealimannya, maka dia mendapat "QARAMAH" dan kelebihan sehingga di sebelah tempatnya tinggal ada sebatang anak sungai yg mengalir supaya dia tidak perlu bersusah payah mencari air untuk berbuka puasa dan disebelah rumahnya juga ada sebatang pokok yang mengeluarkan banyak buah-buahan sehingga dia tidak perlu bersusah payah untuk membeli makanan utk berbuka puasa. Begitulah kasih sayang Allah S.W.T kepada hamba yang dekat denganNYA.



Di ceritakan hamba Allah ini beribadat selama 500 tahun lamanya (usia org-org zaman dahulu memang panjang-panjang. Tetapi, kata Nabi Muhammad S.A.W, ummatku hanya kabanyakan berusia sehingga 60-70 tahun sahaja).



Si hamba Allah yang alim ini berdoa kepada Allah supaya ketika mati dalam keadaan bersujud dan dibangkitkn di Padang Masyar juga dalam keadaan bersujud. Dan Alllah S.W.T memakbulkan doa hamba alim ini dengan mati ketika bersujud dan dibangkitkn di Padang Masyar dalam keadaan bersujud.



Ketika dipanggil untuk menimbang amal kebaikan, Allah S.W.T berfirman:

"Wahai Malaikat, masukkanlah hamba ini ke dalam syurga dengan rahmat dariKU."


Namun.....si hamba Allah ini membantah!!!

"Ya Allah, aku tidak mahu masuk ke syurga dengan rahmatMU...aku ingin masuk ke syurga dengan amal-amal ibadahku selama 500 tahun kpdMu tanpa henti2."



Lalu Allah S.W.T memperkenankan permintaan hamba alim ini. maka ditimbanglah segala amal kebaikan si alim ini yang beramal selama 500 tahun lamanya. Maka, penimbang itu dengan banyaknya lebih turun kpd kebaikan, ibadatnya memang banyak dn berat!


Kemudian..tiba untuk menimbang amal kejahatannya....


Allah S.W.T berfirman kpd malaikat:

"Jangan ditimbang semua.....ambillah sebelah biji matanya sahaja."


Dan….malaikat pun meletakkan sebelah biji mata si alim tadi di atas neraca keadilan… dan..zupp..ternyata berat dosa sebelah biji mata itu ternyata jauh lebih berat...mengalahkan pahala dan amalan hamba Allah selama 500 tahun itu!!!



Sebelah biji mata itu sahaja..dosanya lebih berat dari pahala beramal ibadah selama 500 tahun. MasyaAllah....


Lalu Allah menyuruh malaikat mencampakkan hamba Allah itu ke dalam neraka. Ketika itu barulah si hamba Allah ini merayu-rayu dan merintih-rintih kepada Allah S.W.T supaya memasukkan dia ke dalam SYURGA Allah S.W.T dengan rahmatNYA.



Dan…..dia pun dimasukkan ke syurga dengan RAHMAT ALLAH S.W.T, bukan dengan pahalanya beribadat selama 500 tahun itu.

*******************************************************************************


Bagaimana pula dengan diriku kelak??? Layakkah diriku ini untuk syugaMU yang sungguh nikmat??? Layakkah aku??? Ya Allah, hatiku sungguh bergetar membayangkan keadaanku di Padang Masyar. Moga peringatan ini, memberi peringatan kepada kita semua akan hari pembalasan. Hari pembalasan yang pasti akan terjadi. Tingkatkan amal ibadah kita, mohon keampunan daripadaNYA….Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNYA yang memohon keampunan daripadaNYA.




"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"


⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠
















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...