Artikel ini ku terima dr sahabat baikku sendiri.....Mariam Maria.....sahabat yg sering berselisih pendapat denganku.....namun demikian, dia tidak pernah berhenti dr menasihatiku....sekiranya aku memerlukan bimbingan...nasihat...dan kata2 semangat drnya...mungkin kerana jiwaku terlalu sunyi...hampa...kecewa dgn hidup yg pernah aku lalui sebelum ini...membuatkan dirinya terdorong utk memotivasikan diriku ini....segala yg aku lalui adalah pengalaman yg paling berharga buat diriku ini yg tidak mungkin dapat diperolehi oleh org lain...pengalaman ini menjadi panduan dlm hidupku dalam mengharungi liku-liku kehidupanku di dunia ini yg penuh dengan ujian....aku redha dengan segalanya.....kerana setiap apa yg berlaku...pasti ada hikmahnya yg tersembunyi...dan aku yakin...bahawa ALLAH S.W.T. akan memberikan sesuatu yg terbaik utkku....
Ketika membaca artikel ini..manik2 jernih membasahi pipiku...aku begitu tersentuh membacanya...mungkin kerana jiwaku terlalu halus....perasaanku mudah tersentuh...artikel ini begitu bermakna buat diriku.....sebagai peringatan utk diriku dan juga untuk wanita-wanita lain.....
"Buat sahabatku... moga ia membantu....."
Apabila tiba masanya kau bertemu calonmu…
ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!
terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan..
terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti..
jadi ke tak jadi..
cepat ke lambat..
dan pelbagai lagi..
Apasal tetiba ada orang lain kacau pula…
menyebabkan kita akan tergopoh-gapah, tersadung, dan mengikuti bisikan hati yang mungkin tak patut diikuti pun..
dan disitulah letaknya kesabaran yang tinggi…
kerana mungkin di dalam peringkat taaruf itu..
ujiannya bertambah-tambah..
keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya, untuk terus menghubungi dirinya, menitipkan perhatian dari dirinya , akan membuak-buak..
dan kita mencari-cari alasan untuk menghubungi dirinya…
walaupun tidak ada keperluan pun..
dan disitulah letaknya
sabar..
tawakal…
dan keyakinan kepada ketentuan, qadha dan qadar Allah..
USAH BERBUKA SEBELUM WAKTUNYA..
KERANA BELUM TENTU DIA ADALAH ASAL RUSUK MU!!
di situlah juga aku melihat, magisnya kuasa istikharah itu…
“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah kepada Allah Ta'ala dalam segala urusannya.”
( Hadis)
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat.”
(HR.Thabrani)
Dan dengan itu, Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakal kita kepadaNya, dan mengingatkan kepada kita bahawa Dia pasti akan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun zahir macam kurang nampak perkara itu…
dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam..
bahawa Allah pasti tidak akan meninggalkan kita..
Kerja-kerja menyeru manusia ini amat banyak.. masa yang ada makin sempit… tidak dapat tidak perkara ini sering berkumandang di benak kita, menganggu fokus dan emosi kita….
Bekalan kita hanya pada 3 perkara itu..
sabar.....
tawakal.....
dan yakin akan ketentuan Allah.....
hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah..
Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.
Pasti!
“Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai Tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai Tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untukku serta permudahkannya untukku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”
Seorang lelaki bergegas menuju ke satu tempat. Rupanya beliau ingin bertemu dengan Hassan Bin Ali r.a. dan bertanya "Saya mempunyai seorang anak perempuan dan ramai orang ingin melamarnya,jadi siapakah yg harus saya pilih? Jawab Saidina Hassan ‘ Kahwini dia dgn org yang takutkan Allah, kerana jika dia mencintai anakmu dia akan menghormatinya, jika dia tidak menyukai, dia tidak akan menzaliminya.
~Moga2 aku memperoleh psgn hidupku yg benar2 ikhlas mencintai kerana ALLAH S.W.T. yg dpt membimbing diriku ini ke jalan yg diredhai ALLAH S.W.T.....di dunia dan di akhirat.....biarlah dia cintaku yg pertama dan terakhir dlm hidupku.....Amin~
No comments:
Post a Comment