About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Thursday, 28 January 2010

MOTIVASI

Artikel ini ku terima dr sahabat baikku sendiri.....Mariam Maria.....sahabat yg sering berselisih pendapat denganku.....namun demikian, dia tidak pernah berhenti dr menasihatiku....sekiranya aku memerlukan bimbingan...nasihat...dan kata2 semangat drnya...mungkin kerana jiwaku terlalu sunyi...hampa...kecewa dgn hidup yg pernah aku lalui sebelum ini...membuatkan dirinya terdorong utk memotivasikan diriku ini....segala yg aku lalui adalah pengalaman yg paling berharga buat diriku ini yg tidak mungkin dapat diperolehi oleh org lain...pengalaman ini menjadi panduan dlm hidupku dalam mengharungi liku-liku kehidupanku di dunia ini yg penuh dengan ujian....aku redha dengan segalanya.....kerana setiap apa yg berlaku...pasti ada hikmahnya yg tersembunyi...dan aku yakin...bahawa ALLAH S.W.T. akan memberikan sesuatu yg terbaik utkku....

Ketika membaca artikel ini..manik2 jernih membasahi pipiku...aku begitu tersentuh membacanya...mungkin kerana jiwaku terlalu halus....perasaanku mudah tersentuh...artikel ini begitu bermakna buat diriku.....sebagai peringatan utk diriku dan juga untuk wanita-wanita lain.....



"Buat sahabatku... moga ia membantu....."


Apabila tiba masanya kau bertemu calonmu…
ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!
terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan..
terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti..

jadi ke tak jadi..
cepat ke lambat..
dan pelbagai lagi..
Apasal tetiba ada orang lain kacau pula…

menyebabkan kita akan tergopoh-gapah, tersadung, dan mengikuti bisikan hati yang mungkin tak patut diikuti pun..
dan disitulah letaknya kesabaran yang tinggi…
kerana mungkin di dalam peringkat taaruf itu..
ujiannya bertambah-tambah..

keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya, untuk terus menghubungi dirinya, menitipkan perhatian dari dirinya , akan membuak-buak..

dan kita mencari-cari alasan untuk menghubungi dirinya…
walaupun tidak ada keperluan pun..
dan disitulah letaknya

sabar..
tawakal…
dan keyakinan kepada ketentuan, qadha dan qadar Allah..


USAH BERBUKA SEBELUM WAKTUNYA..
KERANA BELUM TENTU DIA ADALAH ASAL RUSUK MU!!

di situlah juga aku melihat, magisnya kuasa istikharah itu…

“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah kepada Allah Ta'ala dalam segala urusannya.”
( Hadis)

“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat.”
(HR.Thabrani)

Dan dengan itu, Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakal kita kepadaNya, dan mengingatkan kepada kita bahawa Dia pasti akan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun zahir macam kurang nampak perkara itu…

dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam..

bahawa Allah pasti tidak akan meninggalkan kita..

Kerja-kerja menyeru manusia ini amat banyak.. masa yang ada makin sempit… tidak dapat tidak perkara ini sering berkumandang di benak kita, menganggu fokus dan emosi kita….
Bekalan kita hanya pada 3 perkara itu..

sabar.....
tawakal.....
dan yakin akan ketentuan Allah.....

hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah..
Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.
Pasti!

“Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai Tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Wahai Tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untukku serta permudahkannya untukku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”








Seorang lelaki bergegas menuju ke satu tempat. Rupanya beliau ingin bertemu dengan Hassan Bin Ali r.a. dan bertanya "Saya mempunyai seorang anak perempuan dan ramai orang ingin melamarnya,jadi siapakah yg harus saya pilih? Jawab Saidina Hassan ‘ Kahwini dia dgn org yang takutkan Allah, kerana jika dia mencintai anakmu dia akan menghormatinya, jika dia tidak menyukai, dia tidak akan menzaliminya.


~Moga2 aku memperoleh psgn hidupku yg benar2 ikhlas mencintai kerana ALLAH S.W.T. yg dpt membimbing diriku ini ke jalan yg diredhai ALLAH S.W.T.....di dunia dan di akhirat.....biarlah dia cintaku yg pertama dan terakhir dlm hidupku.....Amin~




Monday, 25 January 2010

Jodoh telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T. jika seseorang itu adalah jodoh kita…tidak akan ke mana…jika kita ingin mendapat jodoh yg baik…kita sendiri perlu berusaha utk jd baik…lelaki yg baik utk wanita yg baik dan wanita yg baik utk lelaki yg baik….segala pemberian dari ALLAH S.W.T. adalah yg terbaik utk kita.....dan.....setiap sesuatu yg berlaku itu pasti ada hikmahnya.....

Antara sedutan filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2








Sunday, 17 January 2010

MOTIVASI


Minta Izin Dengan Allah Walaupun Melakukan Perkara Tidak Baik

Allah mempunyai sifat positif yang saturated.
Apa maknanya???

Allah MAHA SEMPURNA.....

Campaklah kepadanya apa jua perkara buruk atau jahat,Allah tetap akan sempurna.

Jelasnya begini~
Jika kita melakukan kebaikan pada seseorang, sudah pasti orang itu akan suka pada kita. Jika ibu bapa, mereka akan sayang kita. Jika suami atau isteri juga begitu. Pada kawan-kawan pun sama.....

Tetapi jika kita mengata, mengutuk, marah, maki, caci dan sebagainya..orang yang sayang kepada kita akan berubah, dari suka kepada benci atau sekurang-kurangnya tidak suka.....

Tetapi Allah tidak begitu.....
Jika kita tidak mengikut perintahNYA, jika kita mempersoalkan apa yang Allah takdirkan dan sebagainya, tidak sedikit pun kurangnnya rasa kasih
sayang Allah pada kita.....

Allah tetap memberi rezeki kepada kita.....
Tetap mengurniakan pelbagai nikmat seperti diizinkan untuk teruus bernafas,makan minum dan seumpamanya.....
Begitu positif Allah.....

Jika kita campakkaan negatif pada Allah, Allah tetap terus positif.....
Allah adalah Pencipta kita.....
Segala apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah milik Allah.....

Namun pernahkah kita meminta izin pada Allah untuk menggunakan sesuatu milik Allah......
Walaupun pada fizikalnya adalah milik kita seperti rumah, kereta malah anak-anak atau isteri. Tetapi pada hakikatnya semua itu milik Allah yang dipinjamkan kepada kita.

Pernahkah kita meminta izin untuk meminjam semua itu dari Allah?

Ceritanya begini~

Pernah seorang lelaki mempunyai "jiwa super" didatangi sahabat yang kuut minum arak. Kawan yang ketagih arak ini langsungg tidak ingin berubah. Amat suuar jika sudah ketagih arak. Lelaki "jiwa super" cuba untuk merubahnya.....

“kamu minta izin pada Allah sebelum minum arak"? kata lelaki "jiwa super".

Sahabatnya terkejut kerana kenapa dia perlu minta izin pada Allah sedangkan dia ingin minum arak.Tetapi akur untuk mencubanya. Sejak hari itu, sahabat itu sentiasa meminta izin pada Allah setiap kali minum arak.

“Ya Allah, aku meminta izin untuk minum arak ini”,lalu sahabat itu meminum arak.
Setiap masa apabila minum arak, pasti keizinan dari Allah dimintanya.

Sebulan berlalu. Sahabat berjumpa semula dengan lelaki "jiwa super". Sahabatnya
bertanya.

“Saya sudah berubah, tidak lagi minum arak. Alhamdulillah. Saya ingin bertanya.
Bagaimana semua ini boleh berlaku? Saya minta izin pada Allah untuk melakukan perkara tidak baik, namun Allah beri pada saya kekuatan dan menghilangkan ketagih saya minum arak”, sahabat ingin tahu.

“Allah itu Maha positif. Campaklah apa pun perkara sama ada +ve atau -ve pada Allah,
namun Allah tetap positif. Tetap sayangkan hambaNya. DIA tahu perkara yang baik dan niat yang baik dalam diri hambaNya. Kerana itu DIA bukakan hati kamu dan menolong kamu untuk mencapai hajat kamu untuk tidak lagi mahu minum arak”, lelaki "jiwa super"
menjawab.

Untuk permulaan ini, marilah kita minta izin pada Allah untuk lewat mengerjakan solat
waktu. Bukankah ini sering kita lakukan? Solat dihujung waktu. Kita minta izin kepada
Allah begini.....

“Ya Allah ya Tuhanku..... Aku mohon nak siapkan kerja ni dulu sebelum solat. Lepas siap kerja ini, aku akan solat. Benarkanlah aku untuk solat lambat ya Allah”

atau

“Ya Allah, aku nak tengok TV dulu ya Allah. Lepas ni baru aku solat. Seronok cerita ni ya Allah. Kalau aku solat, nanti terlepas pula ya Allah”.

Insya_Allah, lama-kelamaan, jika diamalkan anda pasti akan lihat perubahan yang besar. Allah akan masukkan satu perasaan yang membuatkan kita rasa sentiasa ingin solat tepat pada waktunya.....

Semoga kita memiliki "jiwa super".

Amin.....

Sunday, 3 January 2010

MUHASABAH DIRI:MENGINGATKAN MANUSIA YANG SENTIASA ALPA


"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah....."
[Syed Qutb]

...............................................................................
Manusia.....
memang bodoh,
Degil,
Jahil,
Hipokrit,
Pendusta,

Kau.....
memang jahil!
Pendusta!
Bermuka tembok!

Di hadapan manusia.....
Kau berjuta kali lebih baik,
Dari malaikat.....
Konon.....

Di hadapan Dia.....
Kau sebenarnya lebih jahat,
Lebih buruk,
Lebih busuk,
Dari sejuta iblis dan sekutunya.

Kau beramal.....
Untuk apa?
Atau untuk hari tertentu saja?

Mengapa.....
Ada masanya.....
Kau begitu taat kepadaNya.....
Dan mengapa.....

Ada ketikanya.....
Kau berani mengingkariNya?

Allah itu......
Hanya wujud pada hari isnin.....
Hingga jumaat sajakah?

Mengapa hari2 yg lain kau begitu malas beribadat?
Atau.....
Kau ingat.....
Tuhan itu hanya wujud pada waktu2 tertentu?
Hingga kau berani membuat maksiat pada waktu yang lainnya?

Kau hanya ingat Dia.....
Waktu susah saja?

Waktu kau susah.....
Kau datangi Dia,
mengadu keluh kesah,
Menangis rayu.....
Tangisan mendayu-dayu.....

Waktu senang dan bahagia..
Waktu bergelak ketawa,
Kau tinggalkan Dia.....

Padahal kau tahu.....
Semua itu adalah nikmat dariNya.....

Dasar manusia tidak tahu malu!
Pendusta!

Kau kata kau cinta Dia.....
Benarkah begitu?
Kalau benar.....

Apa buktinya?

Hari ini kau minta ampun.....
Hari esok kau kembali berbuat dosa.....

Kau seperti mempermain-mainkan ampunanNya.....
Kurang ajar punya hamba!


Ampuni aku Ya Tuhan.....

Aku banyak berbuat dosa.....
Tunjukilah aku jalan.....
Tuntunilah aku.....
Keluar dari lembah kejahilan.....

Ya Tuhanku.....
Mengapa begitu sukar.....
Mengapa begitu sukar.....
Mengapa begitu sukar.....

Untuk istiqamah?
Untuk terus muhasabah?
Mengapa imanku terus berubah2?

Ada kalanya aku lebih kuat.....
Dari sang gajah,

Adakalanya aku lemah.....
Tersangat lemah!

Baru kini aku sedar.....
Menuju syurga itu.....
Bukanlah mudah.....

Baru kini aku sedar.....
mengekalkan iman itu amat payah.....

Begitu sukar menggapai redhaMu, Tuhan.....
Begitu sukar untuk menjadi orang-orang yang beriman.....
Yang benar-benar beriman.....

Baru kini aku benar2 sedar.....
Begitu mahal rupanya.....

Mahar bagi syurgaMu.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...