About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Thursday, 14 October 2010

Petua Awet Muda

1) Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.



2) Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.



3) Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.



4) Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.



5) Lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.



6) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.



7) Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat



8) Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf A.S, amalkan setiap pagi.



9) Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.



10) Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.



11) Amalkan solat tahajud.



12) Sentiasa tenang dan bersikap positif.



13) Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.



14) Maafkan semua orang sebelum tidur.




Source: http://www.iluvislam.com




* Selamat Mencuba*





"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"

~^_^MeL Az-ZaHRa^_^~

Untukmu Wanita

Sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.

Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.

Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.

Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah S.W.T adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.

Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.

Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.

Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.

Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.

Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah S.W.T.

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.

Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.

Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala tersebut mendatangi Nabi Musa A.S dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa A.S ke rumahnya.

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.

Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).

Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.

Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.

Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.

Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W, seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"

Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah S.W.T."

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.

Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.

Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.

Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,

Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah S.W.T di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah S.W.T, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,

Saidatina Aisyah R.A pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang."

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Source:http://www.iluvislam.com


Tips Mengurangkan atau Menggelakkan Jerawat

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.

Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.

Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :

1. Ambil wudu' sebelum tidur.

2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.

3. Elakkan diri daripada tekanan.

4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.

5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).

6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.

7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.

8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.

9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.

13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

Source:http://www.iluvislam.com


Thursday, 24 June 2010

Cinta dan Dicintai

Perasaan cinta, kasih dan sayang memang wujud dalam diri manusia. Sudah menjadi fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai, hidup berpasangan seperti Adam dan Hawa. Perasaan cinta, kasih dan sayang antara seorang lelaki dan seorang wanita perlulah berlandaskan syariat dan mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. Cinta kepada manusia adalah anugerah daripada ALLAH S.W.T yang harus dibajai dengan rasa penuh syukur kepadaNYA, mengikut syariat yang telah ditetapkan seperti menjaga aurat, menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan wanita dan lain-lain seperti yang telah digariskan dalam Islam.


Sebagai seorang manusia, yang mempunyai fitrah untuk mencintai dan dicintai, kita perlu bangga mencintai seseorang, baik dan buruknya kita terima dengan redha. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Berbeza dengan pengorbanan, jika kita mencintai seseorang dan sanggup berkorban apa sahaja yang tidak melanggar syariat biasanya, kita akan mengharapkan balasan daripada orang yang kita cintai, tetapi jika kita menyintai seseorang dengan penuh rasa bangga, kita tidak akan mengharapkan balasan daripada orang yang dicintai. Itulah beza antara kebanggaan dan pengorbanan dalam mencintai seseorang.


Menurut Islam, perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, untuk menjadikan pasangan yang halal di sisi Islam adalah melalui perkahwinan. Perkahwinan menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita dan mendapat keredhaan daripada ALLAH S.W.T selain dapat menghindari daripada godaan syaitan yang mahu menyesatkan golongan manusia. Namun, sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki atau perempuan yang bakal menjadi suami atau isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing agar mahligai yang dibina berkekalan dan bahagia di dunia dan akhirat. Setiap pasangan perlu mempunyai ilmu yang mencukupi dalam melayari bahtera rumahtangga.


Jika berlaku perselisihan pendapat, suami isteri perlu berbincang sebelum mengambil keputusan. Si suami perlu mendengar pandangan/pendapat si isteri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika si isteri melakukan kesilapan, si suami perlulah menegur si isteri dengan cara yang berhikmah (seperti menegur dengan lemah lembut bukan marah-marah atau mengikut emosi semata-mata) begitulah juga sebaliknya, jika si suami melakukan kesilapan si isteri perlulah menegur si suami dengan cara yang baik dan berhikmah. Ingat, bahawa suami adalah pemimpin dalam rumahtangga, suami wajib membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.


Selagi mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan rumahtangga iaitu melakukan yang baik dan meninggalkan keburukan (amar makruf nahi mungkar), Insya_ALLAH, mahligai yang dibina akan berkekalan dan bahagia di dunia dan akhirat. Perasaan cinta antara suami dan isteri tidak akan pudar malah semakin hari semakin bertambah, tetapi cinta yang hakiki adalah cinta kepada ALLAH S.W.T.










Thursday, 22 April 2010

Exam Terakhir

Tamat sudah exam ku yang terakhir bagi pengajianku yang terakhir bg menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Paper yg terakhir ni agark sukar (Pengantar Ekonomi Antarabangsa), tp apa yg aku dh belajar itulah yg aku curahkan semasa exam…selebihnya aku bertawakal kepada ALLAH S.W.T. Aku dh berusaha mengikut kemampuanku..itulah yg terbaik mampu aku lakukan. Aku redha dengan segala yang telah di tetapkan untukku…kerana itu adalah yang terbaik untukku.




Selepas ini fasa kehidupan baru ku akan bermula. Fasa sebagai seorang pekerja…masih mencari kerja yang sesuai dgn ilmu yang aku pelajari….tp tidak mudah utk mencari pekerjaan pada masa kini..soft skill itu penting..di samping kecemerlangan akademik..perkara beginilah yang dinilai oleh majikan, tp selagi kt usaha..Insya_ALLAH..akan dapat kerja yang bersesuaian dgn kt...krn setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing…

Tapi..ada juga yang bertanya kenapa tidak sambung pengajian sahaja…sambung peringkat Sarjana (Master)…especially prof kesayangan aku “Prof Dr. Abdul Ghafar..." merangkap penyelia tesis aku “Wang Fiat dan Riba vs Wang Fiat dan Untung Syariah….” Kami menggelarkannya dikalangan rakan-rakanku “ayahanda”, seorang Professor yang sangat busy dan warak…aku menyenangi sekali perwatakannya..boleh bertolak ansur dengan kami dan boleh menerima pendapat kami walaupun dia merupakan seorang “Professor” mempunyai ilmu yang sangat tinggi…berbanding dengan kami… “ilmunya hanya dihujung jari….”

Memang mengikut gerak hati aku…aku ingin sahaja menyambung pelajaran…tetapi banyak faktor yang menyebabkan aku mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajaran. Aku ingin bekerja terlebih dahulu, kemudian baru sambung itu pun jika ada rezeki. Insya_Allah..tp menurut prof, tidak semua orang yang dh bekerja akan sambung belajar, sehingga prof mencabar aku untuk sambung belajar setelah bekerja. Kata-katanya “I Challange You…” masih bermain dalam fikiran aku. Insya_Allah, aku akan sambung kelak, kerana aku sangat cintakan ilmu..ilmu Allah itu terlalu banyak, sehingga satu lautan untuk tulis ilmu Allah itu tidak mencukupi kerana ilmu Allah itu terlalu luas. Ada sahaja yang kt tak tahu megenai sesuatu dan ada sahaja perkara baru yang kt temui setiap hari. Tp biarlah masa aku sambung belajar nanti aku mempunyai suami yang sentiasa setia menemaniku disisi, supaya aku tak rasa sunyi dan ada tempat untuk meluahkan segalanya (fitrah manusia ingin disayangi dan dicintai). Moga aku mendapat suami yang soleh dan benar-benar ikhlas mencintaiku, amin.

Berbalik kepada exam, kehidupan kita tidak akan lari daripada ujian atau peperiksaan bermula dari sekolah hinggalah ke peringkat institut pengajian tinggi. Bahkan, nk mohon sesuatu pekerjaan pun mesti akan melalui peperiksaan. Banyak lg perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian memerlukan peperiksaan, tetapi sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran, kita perlu sentiasa bersedia sebelum menghadapi sesuatu peperiksaan agar beroleh kejayaan yang diimpikan.





“Ceriakan Dirimu dengan Senyuman”
~^_^MeL Az-ZaHRa^_^~

Tuesday, 23 February 2010

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sukar untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud:

Barangsiapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, meletakkan dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji isterinya tersebut. Lalu suatu ketika si suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik.."

Lalu si isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka si suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkannnya dulu.

Lalu si isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut.. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah si isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu si suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimah BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman..Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimah BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (lelaki juga) kerana banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai manfaat yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti seharian kita

Monday, 1 February 2010

Mulut Berbau

Halitosis disebabkan sisa makanan di celah gigi, gusi bermasalah.

Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.

Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini.

Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.

Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau.

  • Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
  • Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap.
  • Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda.
  • Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.



Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh


Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya akan menambahkan masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.

3) Penggunaan herba

Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

Source : http://www.bharian.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...