About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Tuesday, 23 February 2010

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sukar untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud:

Barangsiapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, meletakkan dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji isterinya tersebut. Lalu suatu ketika si suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik.."

Lalu si isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka si suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkannnya dulu.

Lalu si isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut.. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah si isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu si suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimah BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman..Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimah BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (lelaki juga) kerana banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai manfaat yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti seharian kita

2 comments:

emaswarisan said...

Salam,teruskan jihad,sebarkan ilmu yang bermanfaat.Saya ada sedikit pengalaman bersama arwah ayah saya semasa saya umur belasan dulu,sekitar tahun 80an.Kami org susah...masa tu ayah saya dah umur 60an,emak saya 40an.Kebiasaan selepas maghrib,saya diajar mengaji Quran oleh arwah,tidak ketinggalan sebilah rotan ada disisinya....kemudian baru...sesi makan malam bersama anak beranak...duduk bersila menghadap hidangan.
Saya dapat ilmu dari apa yg saya dengar...tidak diajar...mungkin itu kaedah ayah saya mengajar...saya tak pasti...saya dengar beliau membaca ayat/doa selawat syifaq 3x diantara sela masa selepas solat maghrib dan sebelum mkn malam.
Yang kedua...saya terdengar beliau membaca Bismillah 21x sebelum tidur.Saya mendengar dan mulai mengira secara diam2...bacaannya 3x Bismillah senafas...sehingga cukup 21x...
Yang ketiga...semasa membonceng basikal tua untuk solat Jumaat...yang ini di ajar...kata ayah saya...setiap kali lepas solat Jumaat,sunat dibaca AlFatihah 7x,Al-Ikhlas 7x,Al-Falaq 7x dan An-Nas 7x....hikmat bacaan tak sempat dibagi tahu...
Di ketika itu harus diingat...kat kampung tv masih kurang,hanya radio...tp radio nasional shj,radio negeri belum ada...nasyid berilmu mcm skrg pun kurang,time lepas azan shj.
Tapi hakikatnya...biarpun hidup dlm kepayahan...tak pernah saya dengar ayah saya mengeluh...hidup sbg pesawah di zaman itu...maklum sajalah...tp setiap minggu ada shj tetamu singgah bermalam di rumah,tak pernah putus,rezeki cukup utk semua...masyaAllah...makan apa yg ada...sebenarnya ...ayah asal dari Pattani,selatan Thai...jika saya perlu duit sekolah...jarang diberi segera...disuruhnya panjat kelapa,kupas,pergi jual dgn basikal tua...masa tu harga 30sen sebijik...kalau habis,dpt la rm15...
oooooohhh....memori ini amat berbeza dgn kehidupan anak2 ku sekarang....semuanya ada,semuanya mudah,kaperitan hidup mereka tak lalui,skrg zaman astro,handphone,playstation,friendster,facebook,dll.....

Sayangnya saya ketika itu,zaman remaja,jiwa selalu memberontak,endah tak endah dgn ilmu,spm saya gagal....tak lama lepas tu ayah saya meninggal...kesedaran mula timbul...itulah hikmah Allah utk saya....
Saya mulai belajar lg hingga berjaya graduate U...
Masa terlalu pantas dirasa....
Bila dikenang,jalan yang ayahku nak bawa,rupanya betul....bila kita dah ada anak2.....membimbing anak2 zaman ini,amat berbeza dgn kita dulu2....
Semoga...ilmu yg bermanafaat,akan kekal spt Allah janji....semasa dikubur nanti...3 perkara inilah teman kita....ilmu yang diajar dan diamalkan,harta yang diwakafkan dan anak soleh yg mendoakan.....
Semoga roh mereka yang telah menabur ilmu akhirat,dicucuri rahmat....aminn.

Terimakasih terhadap posting yang telah mencuit memori silam saya....terfikir juga nak wujudkan blog khas utk kongsi memori silam saya ni...tp masih tak berkesempatan.
salam.teruskan jihad selagi nyawa dikendong.

Mel Az-Zahra said...

Emaswarisan:terima kasih atas perkongsian sejarah hidup n ilmu yg d beri...moga dapat djdkan iktibar utk semua manusia...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...