Jika dunia ini tiada keimanan di dalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.
Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.
Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam dan harapan akan menghilang.
Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.
Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha' dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.
Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir dan tidak mendatangkan manfaat.
Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.
Source: Terjemahan buku "La Tahzan" oleh Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni
Bersabarlah duhai hati, tabahkan hatimu Mel Az-Zahra. Apalah erti hidup di dunia ini jika tidak diuji. Here. Hadapinya dengan senyuman, always think positive and bersyukur dengan kurniaan ILLAHI. Menangislah sepuas-puasnya dan mengadulah apa sahaja masalah yang kau hadapi kepada Allah S.W.T bukan kepada manusia, kerana manusia hanya gemar berkata-kata berbanding memahami, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya hanya kepada Allah S.W.T sahaja sebaik-baik tempat untuk mengadu kerana sesungguhnya DIA sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya dan kepadaNYA tempat kita kembali.
~Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri. Mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah yang tersasar daripada keikhlasan.~
~Ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Adakah kita akan sabar atau pun sebaliknya. Kesenangan yang datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari Allah S.W.T.~
Allah menguji keikhlasan bila bersendirian,
Allah memberi kedewasaan bila ada masalah,
Allah melatih kesabaran dalam kesakitan,
Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang,
Kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik, Insya_Allah.
"Ceriakan Dirimu Dengan Senyuman"
⎝⏠⏝⏠⎠MeL Az-ZaHRa⎝⏠⏝⏠⎠