About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Friday, 16 October 2009

HADKAN PENGAMBILAN GARAM

Garam atau nama saintifiknya Sodium Klorida.Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana ke semua cecair tubuh mengandungi sodium, termasuklah darah. Tanpa garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal. Hal Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.

Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan??? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 - 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Garam ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa. Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.

Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, garam berfungsi untuk menyeimbangkan cecair dalam tubuh. Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat. atau dengan kata lain garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar. Bagi jantung pula, mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi.

Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing. Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan dan mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Hal ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

TIPS KAWAL PENGAMBILAN GARAM :
Ø Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
Ø Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
Ø Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
Ø Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang
Ø Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masin, udang kering, jeruk.

Makanan tinggi garam :
Ø Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram - 1,000 hingga 5,000 mg garam
Ø Stok/kiub makanan - 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg
Ø Sos salad seperti mayonis - lebih 1,000 mg
Ø Makanan dalam tin - 500 hingga 1,500 mg.

Makanan diawet :
Ø Telur masin - 500 mg
Ø Ikan masin - 1,500 mg
Ø Buah-buahan jeruk (masin) - 1,000 mg
Ø Udang kering - 4, 000 mg
Ø Belacan - 1, 000 mg.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...