About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Sunday, 25 October 2009

TIPS SENTIASA BERSANGKA BAIK TERHADAP SESAMA INSAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
15 FAKTA MENARIK TENTANG SENYUM

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru itu tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Kata-kata pujangga :

" SENYUM ITU KELOPAK, KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


P/S : jangan lupa untuk senyum dan jika ketawa, janganlah keterlaluan dan berlebih-lebih pula!!! Cukup sekadarnya sahaja.....

INGAT!!!!! SENYUM ITU JUGA... PENAWAR SEGALA DUKA.....







Saturday, 24 October 2009

PETUA PELAJAR CEMERLANG MENURUT DATO DR FADZILAH KAMSAH

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa :
Ø Kita ingat 10 % apayang dibaca.
Ø Kita ingat 20% apa yang didengar.
Ø Kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat.
Ø Kita ingat 70% apa yang dicakapkan.
Ø Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.
Ø Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
Ø Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
.....Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.....


3. Belajar dalam persekitaran kondusif :
Ø Pastikan cahaya adalah terang.
Ø Kurangkan gangguan bunyi.

Ø Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar.
Ø Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran.
Ø Kerusi dan meja menghadap kiblat.
Ø Jangan lupa untuk senyum.

6. Tidak ponteng kelas. Jika tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori :
Ø Memasukkan maklumat dalam memori (registration).
Ø Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention).
Ø Mengingat kembali (recall).
Ø Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application).

9. Sentiasa awal dan mendahului :
Ø Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
Ø Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
Ø Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
Ø Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul :
Ø Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul.
Ø Memberikan tumpuan sepenuhnya.
Ø Menggunakan jari telunjuk untuk membaca.
Ø Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.


16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji :
Ø Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
Ø Siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
Ø Duduk tegak dikerusi yang selesa
Ø Baca doa penerang hati
Ø Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
Ø Fikir dan ingat kembali isi utama
Ø Catat/lakar
Ø Semak semula ketepatan maklumat
Ø Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
Ø Buat rumusan
Ø Jawab soalan
Ø Tampal maklumat yang rumit di dinding
Ø Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa :
Ø Jangan makan kepala ikan.
Ø Jangan makan organ dalaman.
Ø Jangan minum semasa makan.
Ø Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut.
Ø Jangan melihat kemaluan.
Ø Jangan melihat buih.
Ø Jangan membaca nama pada batu nisan.
Ø Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain.
Ø Banyakkan makan kismis, kurma dan madu.
Ø Banyakkan makan kekacang.
Ø Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.
Ø Jangan makan sehingga terlalu kenyang.
Ø Jangan kencing berdiri.

25. Tahu kemahiran mengingat :
Ø Tampal nota-nota penting di dinding.
Ø Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
Ø Gunakan kaedah akronim.
Ø Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat.
Ø Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil.

26. Cekap mengatur jadual belajar :
Ø Mempunyai jadual belajar.
Ø Patuh kepada jadual.
Ø Buat jadual yang boleh diikuti.

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang :
Ø Taat kepada ALLAH S.W.T.
Ø Mendirikan sembahyang.
Ø Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka.
Ø Hormati & sayangi guru.
Ø Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
Ø Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
Ø Membantu rakan yang memerlukan.
Ø Berdoa dan bersyukur kepada ALLAH S.W.T.
Ø Sentiasa bertawakal.
Ø Mahir dalam setiap mata pelajaran.

P/S : Kita juga perlu ingat bahawa pelajar yang cemerlang, juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.


Thursday, 22 October 2009

Novel : Penantian Cinta

Cinta…cinta…bilakah cinta kepada manusia itu akan hadir dalam hidupku…berjumpa dengan lelaki yang benar-benar ikhlas mencintaiku….kadangkala aku tertanya sendiri, adakah aku akan memperoleh cinta sejati dari seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mencintaiku???

Cinta..cinta itu memang indah…lagi2 kepada orang yang tengah hangat bercinta…bak kata pujangga, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang..

HAHAHAHA!!!

Lawak sungguh kata2 itu…x masuk diakal langsung, tapi itulah hakikatnya…perumpamaan bagi orang yang bercinta….segalanya indah…dibuai dengan janji2 manis pasangan masing2….penuh dengan angan2, yang belum pasti akan kesampaian…lelaki…mudah mengunakan ayat2 manis utk pikat perempuan...

“hi syg, wat pe 2’’?? Dh mkn ke belum??

syg…jgnlah mcm ni…..abg gurau je…jgn la merajuk”……

Kata2 ini kerap ku dgr bg org yg hangat bercinta…“syg” adakah benar2 syg atau hanya rekaan semata-mata…HIPOKRIT

Ayat2 manis lelaki mudah membuatkan wanita cair…lg2 perempuan yg x kuat iman atau perempuan yg lemah dengan ayat2 manis ni….
Biasalah wanita….suka dibelai..dimanja…mereka nk kasih sayang dr lelaki yg mereka cintai… adat org bercinta mcm tu lah…nk manja2…klu dpt bf baik…Alhamdulillah bahagia…INSYA_ALLAH berkekalan ke jinjang pelamin…klu bf yg tak baik…hampeh!!! musnah diri dan merana hidup..lg2 klu dpt bf yg buaya darat….

“lelaki buaya darat”…terngiang-ngiang di telingaku lagu dari kumpulan RATU Indonesia..

Lelaki buaya darat ni x cukup dgn satu perempuan…nk lebih….tamak!!!! ego tinggi sangat…..biasa la tu lelaki la katakan…bab ego2 ni memang bab mereka…tetapi yg merana siapa…perempuan juga…sbb perempuan ni nk dia sorg aje dlm hati org yg dicintainya…klu dia dpt tahu bf dia main kayu 3…apa lagi..mengamuklah.....

Tp ada juga wanita yg bodoh dan sgt2 bodoh… atau pun bengong…bak kata org Indonesia…masih tetap syg pada kekasih hati atau pengarang jantung hati mereka..w/pun dpt tahu yg teman lelakinya itu bermain kayu 3…masih lg nk bersama dgnnya…dh jelas2 dia x jujur….dan x setia dgnnya…masih lg nk…klu kahwin lah..x tahu la apa nk jd…merana hidup perempuan tu agaknya dan makan hati berulam jantung hari2 sbb dpt suami yg mata keranjang….pantang nmpk perempuan dahi licin semua nk kebas…nk dijadikan aweknya….

AWEK!!!!

bhs moden zmn skrg….kebanyakan muda mudi menggunakannya bagi merujuk kepada gf masing2….perempuan yg setia dgn lelaki mcm ni memang betul2 dah buta mata hati dan fikiran…biasalah darah muda….x fikir pjg….yg penting org yg disayangi x jatuh ke tgn org lain…betul la kata pujangga…

“CINTA ITU BUTA….’’

“W/pun seseorang itu buruk pada pandangan orang lain, tapi dia menjadi penawar buat orang yang mencintainya”….itulah cinta….cinta yg tidak berlandaskan keimanan…boleh membutakan mata hati dan fikiran seseorang….kerana cinta itu buta juga lah…ada yg sggp meletakkan cinta kepada manusia itu melebihi cinta kepada ALLAH S.W.T…smpi ada manusia tak kira lah lelaki atau perempuan…sggp membunuh diri apabila putus kasih atau dlm bhs glamournya putus cinta…

Sbb apa??? Kenapa hal sebegini boleh berlaku???sbb….

Mereka meletakkan cinta kepada manusia itu lebih tinggi daripada cinta kepada Tuhannya…hal ini berlaku kepada mereka yang tipis imannya….mereka lupa bahawa ALLAH itu ada….ALLAH itu Maha Penyayang…DIA syg pd semua hambaNYA….apa yg berlaku pada diri kita adalah ujian dari ALLAH untuk menguji tahap keimanan hambaNYA…

So, jgn lah ambil jalan singkat dengan membunuh diri kerana cinta tak kesampaian…mungkin dia bukan jodoh yg terbaik buat diri kita…ALLAH nk bg jodoh yg terbaik buat kita…sbb itu semua sudah termaktub dalam al-Quran, bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat…so…renung2kanlah…..wahai saudara2ku…

Cinta juga tidak akan membutakan mata hati dan fikiran aku…itulah untungnya hidup berpegang pada ajaran agama…segala yang berlaku dilalui dengan tabah dan tenang…bermacam-macam ujian yang aku lalui….benar2 menguji keimananku sebagai seorang hamba…hamba ALLAH…segalanya aku terima dengan redha….sbb prinsip hidup aku mudah….berbuat baik lah dengan semua orang selagi kt masih hidup…w/pun kadangkala kebaikan kt itu tidak dihargai oleh org lain.. atau org akan ambil kesempatan atas kebaikan yang ada pada diri kita…

Biarlah…aku tak kisah…I don’t care….sbb setiap perbuatan manusia itu sama ada baik atau jahat pasti akan mendapat balasan dari ALLAH S.W.T… baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat..

Ujian2 yg aku lalui mematangkan aku dalam menghadapi kehidupan di dunia ini…pengalaman yg aku lalui..dijadikan pengajaran dlm hidup aku…sebagai manusia…manusia yg sentiasa diuji…supaya aku lebih berhati-hati…setiap org mempunyai pengalaman yg berbeza-beza….aku dgn pengalaman aku..begitu juga dengan org lain…punya pengalaman tersendiri…

Kadangkala aku berfikir sendirian dlm benak fikiranku…..



~Hak Cipta Terpelihara~

to be continued.....

Friday, 16 October 2009

HADKAN PENGAMBILAN GARAM

Garam atau nama saintifiknya Sodium Klorida.Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana ke semua cecair tubuh mengandungi sodium, termasuklah darah. Tanpa garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal. Hal Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.

Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan??? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 - 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Garam ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa. Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.

Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, garam berfungsi untuk menyeimbangkan cecair dalam tubuh. Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat. atau dengan kata lain garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar. Bagi jantung pula, mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi.

Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing. Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan dan mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Hal ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

TIPS KAWAL PENGAMBILAN GARAM :
Ø Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
Ø Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
Ø Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
Ø Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang
Ø Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masin, udang kering, jeruk.

Makanan tinggi garam :
Ø Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram - 1,000 hingga 5,000 mg garam
Ø Stok/kiub makanan - 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg
Ø Sos salad seperti mayonis - lebih 1,000 mg
Ø Makanan dalam tin - 500 hingga 1,500 mg.

Makanan diawet :
Ø Telur masin - 500 mg
Ø Ikan masin - 1,500 mg
Ø Buah-buahan jeruk (masin) - 1,000 mg
Ø Udang kering - 4, 000 mg
Ø Belacan - 1, 000 mg.

Wednesday, 7 October 2009

MEMARTABATKAN EKONOMI ISLAM
DI PERSADA DUNIA.....


"SWEET MEMORY"

Sunday, 27 September 2009

RATUKU

To all women in the world.....

Thursday, 3 September 2009

Kriteria Calon Pilihan Untuk Kebahagiaan Rumah Tangga

CIRI-CIRI CALON SUAMI

1) Gentleman : sifat kelakian, boleh memberi perlindungan kepada wanita.
2) Romantik, pengasih, penyayang.
3) Bertimbang rasa, prihatin dan bertanggungjawab.
4) Sentiasa mengambil perhatian kepada pasangan.
5) Menjaga kebajikan dan kepentingan bersama. (sanggup berkorban apa sahaja jika benar- benar sayang pada pasangan).
6) Memenuhi keperluan zahir dan batin.
7) Penampilan segak, kemas dan menarik.
8) Pandai mengambil hati, ceria dan tidak membosankan.
9) Suka menolong, mengambil bahagian dan meringankan beban. (tidak mementingkan diri sendiri). Cth : menolong isteri di dapur seperti membasuh pinggan.
10) Memahami perasaan pasangan dan cuba memperbaiki.

CIRI-CIRI CALON ISTERI

1) Menarik : memberi kepuasan, sejuk mata memandang.
2) Penampilan kemas, pandai menyesuaikan diri.
3) Penyantun, berbudi bahasa dan pandai mengambil hati.
4) Tahu menilai dan menghargai orang lain.
5) Boleh terima teguran dan menghargai diri.
6) Sentiasa ceria dan bersifat terbuka.
7) Suka bertanya dan boleh beri pandangan.
8) Boleh terima pandangan orang lain, sentiasa mesra (keluarga suami).
9) Pengasih, penyayang, pengampun dan pemaaf (konsisten dengan apa yang dibuat).
10) Boleh mengukur kemampuan diri dan berhikmah.

*Terima seseorang yang mencintai anda sebagai suami atau isteri berdasarkan keikhlasannya.(menerima anda tanpa syarat).

Berdasarkan pengalaman Prof.Madya Dato` Dr.Hailani Muji Tahir.

Tips calon suami dan isteri pilihan untuk kebahagiaan rumah tangga.
Terdapat 30 kriteria lagi.....wait n see.....

Sunday, 23 August 2009

Nur Kasih.....

Tiada manusia yang dilahirkan untuk menjadi jahat, semua manusia adalah baik.....tetapi manusia itulah sendiri yang mencorakkan kehidupannya sama ada untuk menjadi baik atau jahat.....

Kita tidak boleh berubah menjadi orang lain tetapi kita boleh berubah menjadi lebih baik (everyone can changes).....




Friday, 21 August 2009

Ramadhan al-Mubarak

Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain.

(Surah al-Baqarah : 183-184)

"Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

"Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah. Bulan yang mengandungi Lailatulqadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-Nya supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan ibadah sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan fardhu di bulan lain."

"Agama Islam itu terbina dengan lima asas iaitu, membuat pengakuan bahawa tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah."

"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."

Produk-produk Perbankan Islam

Prinsip dalam Fiqh Mualamat digunakan dalam operasi perbankan Islam. Penggunaan istilah fiqh yang asal seperti Mudharabah (perkongsian untung), Musyarakah (usahasama), Wadiah (simpanan), Murabahah (kos tokok), dan Ijarah (sewaan). Penggunaan istilah fiqh yang disesuaikan dengan situasi semasa seperti Bay Bithaman Ajil dan Ijarah Thumma al-Bay. Terdapat 2 kategori utama produk perbankan Islam iaitu produk simpanan dan produk pembiayaan. Produk pembiayaan meliputi pembiayaan ekuiti (Perkongsian) dan pembiayaan hutang (Jual beli).

Produk simpanan yang dikeluarkan oleh perbankan Islam berasaskan konsep al-Wadiah Yad Dhamanah iaitu produk perbankan bagi akaun simpanan dan akaun semasa. Al-Wadiah merupakan satu kontrak yang berdasarkan konsep amanah atau jaminan. Kontrak ini menjelaskan di mana satu pihak boleh memegang harta pihak yang lain atas dasar amanah. Pemegang amanah iaitu pihak bank boleh menggunakan atau tidak menggunakan barang amanah yang telah di amanahkan oleh pihak pemberi amanah iaitu pelanggan kepada pihak bank. Kebiasaannya pihak bank akan menggunakan simpanan pelanggan sama ada dalam akaun simpanan atau akaun semasa untuk tujuan pelaburan yang dibenarkan oleh syarak. Hasil daripada pelaburan berkenaan adalah terpulang kepada pihak bank sama ada untuk memberi komisen kepada pelanggannya atau tidak.

Seterusnya, produk simpanan bagi akaun simpanan pelaburan yang berasaskan konsep al-Mudharabah. Al-Mudharabah adalah satu kontrak yang berasaskan konsep perkongsian untung antara pemodal dengan pengusaha di mana dalam kontrak ini pemodal dan pengusaha akan berkongsi keuntungan perniagaan. Kaedah ini merupakan satu kaedah melibatkan pembiayaan yang dalam hal ini satu pihak membekalkan modal dan satu pihak yang lain sebagai pengusaha. Keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan tersebut akan dibahagikan antara pemodal dan pengusaha tersebut. Pihak pelanggan yang menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan pelaburan dan pihak bank akan melaburkan wang mereka dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syarak. Hasil daripada pelaburan tersebut akan dibahagikan antara pihak bank dengan pelanggan.

Kategori kedua bagi produk perbankan Islam ialah produk pembiayaan. Produk pembiayaan terdiri daripada 2 jenis iaitu pembiayaan ekuiti (Perkongsian) dan pembiayaan hutang (Jual beli). Kedua-dua bentuk pembiayaan ini amat penting dalam menggemblengkan sesuatu sistem kewangan. Sistem ekonomi konvensional yang diamalkan di Malaysia hari ini, pembiayaan ekuiti dilakukan melalui pengeluaran syer atau saham yang berkemungkinan memberikan hasil dalam bentuk keuntungan atau dividen. Manakala pembiayaan hutang pula dilakukan melalui pinjaman yang berasaskan faedah atau interest.

Islam mempunyai norma dan peraturannya yang tersendiri bagi memenuhi kehendak manusia terhadap pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang. Bagi pembiayaan ekuiti, Islam menghalalkan kontrak-kontrak perkongsian untung (profit sharing contracts) yang utama dalam Islam iaitu al-Mudharabah dan al-Musyarakah. Al-Mudharabah ialah ialah pengeluaran syer atau saham yang mempunyai hak mengurus atau mengundi dalam sesuatu projek. Kontrak-kontrak ini mempunyai asas-asas secara langsung daripada al-Quran dan al-Sunnah. Pembiayaan hutang pula, Islam menghalalkan kontrak-kontrak pertukaran (’uqud al-mu’awadat atau contracts of exchange) yang melibatkan pembayaran bertangguh (deferred payments).

Terdapat banyak bentuk kontrak-kontrak pertukaran ini di antaranya ialah al-Bay’ Bithaman Ajil (jualan harga tertangguh), Bay’ al-Murabahah (jualan dengan tambahan untung), al-Ijarah(sewaan), bay’ al-Inah, al-Qard al-Hasan (pinjaman kebajikan) dan sebagainya. Namun terdapat segolongan umat Islam di dunia hari ini terutamanya yang berada di Timur Tengah kurang menerima amalan pembiayaan hutang dalam sistem kewangan dan perbankan. Golongan ini menganggap bahawa operasi pembiayaan hutang hampir sama dengan operasi riba yang jelas diharamkan oleh Allah S.W.T. Golongan ini juga mendakwa bahawa pembiayaan hutang menggunakan al-Bay’ dalam produknya sebagai label untuk menipu pandangan masyarakat awam terhadap operasinya. Golongan ini juga berpandangan bahawa pembiayaan ekuiti merupakan pembiayaan yang lebih bertepatan dengan syariah Islam jika dibandingkan dengan pembiayaan hutang. Namun demikian, BIMB lebih banyak menggunkan kontrak pembiayaan hutang berbanding pembiayaan ekuiti. Begitu juga bank-bank konvensional yang terlibat dalam SPI di Malaysia banyak menggunakan kontrak pembiayaan hutang dalam pembiayaannya.

Namun demikian, produk-produk pembiayaan yang ditawarkan oleh perbankan Islam meliputi pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang. Pembiayaan ekuiti dalam perbankan Islam adalah berasaskan kepada perkongsian untung (profit sharing contracts) iaitu menggunakan konsep al-Mudharabah dan al-Musyarakah. Al-Mudharabah ialah satu kontrak yang berasaskan konsep perkongsian untung antara pemodal dengan pengusaha di mana dalam kontrak ini pemodal dan pengusaha akan berkongsi keuntungan atau kerugian perniagaan. Kaedah ini merupakan satu kaedah melibatkan pembiayaan yang dalam hal ini satu pihak membekalkan modal dan satu pihak yang lain sebagai pengusaha. Keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan tersebut akan dibahagikan antara pemodal dan pengusaha tersebut. Contoh produk perbankan yang menawarkan pembiayaan ekuiti ini ialah pembiayaan projek, perkongsian unit amanah dan lain-lain.

Seterusnya, pembiayaan ekuiti berdasarkan konsep al-Musyarakah. Al-Musyarakah bermaksud bersekutu, berkongsi atau bersyarikat. Kontrak ini melibatkan kontrak perkongsian antara dua atau lebih pemilik modal dalam sesuatu perniagaan. Setiap pemilik modal akan memberikan sumbagan tertentu dan berkongsi keuntungan dan kerugian. Perkongsian ini di mana kedua-dua pihak menyumbangkan modal masing-maing. Keuntungan atau kerugian yang akan dialami daripada perniagaan yang dijalankan akan ditanggung bersama berdasarkan perjanjian yang telah disepakati antara pihak bank dan pelanggan. Contoh produk perbankan yang menawarkan pembiayaan ekuiti ini ialah pembiayaan projek, pengeluaran surat kredit, unit amanah, pembiayaan perumahan dan lain-lain.

Pembiayaan hutang pula melibatkan kontrak-kontrak pertukaran (’uqud al-mu’awadat atau contracts of exchange) yang melibatkan pembayaran bertangguh (deferred payments). Beberapa jenis kontrak pertukaran yang termasuk dalam pembiayaan hutang ialah Jualan Tunai (Bay’ al-Naqd) iaitu melibatkan pertukaran barangan secara percuma, Jualan Salam (Bay’ al-Salam) iaitu kontrak yang melibatkan barangan yang ditukarkan itu akan diserah pada masa hadapan manakala harga barangan dibayar secara tunai, Jualan Tempahan (Bay’ al-Istisna’) iaitu kontrak ini sama sahaja dengan Bay’ al-Salam di mana barangan yang menjadi tukaran itu akan dibuat dan diserahkan pada masa hadapan dan harga barangan dibayar segera, Sewaan (al-Ijarah) iaitu kontrak ini melibatkan pertukaran barangan dengan perkhidmatan barangan lain, Jualan dengan Harga Bertangguh (Bay’ Bithaman Ajil atau Bay’ Muajjal) (M.Umer Chapra 1991:136) iaitu kontrak yang melibatkan pertukaran barangan yang menjadikan tukaran itu diserahkan dengan segera dan harganya dibayar secara ansuran, Jualan dengan Tambahan Untung (Bay’al-Murabahah) iaitu kontrak ini sama dengan kontrak jualan harga bertangguh di mana kontrak ini merupakan lawan kepada jualan salam.

Bay’ al-Salam pula merupakan penjualan barang yang belum wujud semasa akad iaitu penjual tidak mengemukakan barang yang hendak dijual kepada pembeli semasa akad tetapi pembayaran harga barangan disegerakan. (Muhammad Kamal ’Atiyah 1992: 127). Dari sudut pembiayaan hutang, Bay’ al-Salam merupakan satu akad atau kontrak yang bertujuan untuk pembiayaan kewangan tetapi dilakukan dalam bentuk jual beli dan bukannya perkongsian. Kontrak ini terbentuk apabila pihak pembeli membuat pembayaran sepenuhnya kepada harga komoditi yang akan hanya diserahkan oleh pihak penjual pada satu tempoh yang ditetapkan pada masa hadapan (Mohd Daud 1997:217). Contoh produk perbankan yang menawarkan pembiayaan hutang jenis Bay’ al-Salam ialah pembiayaan projek.

Bay’ al-Istisna merupakan akad kontrak yang dibuat bagi membeli satu barang yang akan dibuat kemudian mengikut bentuk yang dikehendaki (Muhammad Kamal Atiyyah 1993:394). Kontrak Bay’ al-Istisna melibatkan penyerahan barang di masa hadapan tetapi metode pembayarannya lebih fleksibel. Pembayaran boleh dilakukan sebelum, semasa atau selepas penyerahan barang dan boleh dilakukan dengan mana-mana cara pembayaran yang telah dijelaskan (Mohd Daud Bakar 1997:219). Secara ringkasnya, Bay’ al-Istisna adalah satu kontrak jual beli di mana pembekal barangan seperti tukang atau pekilang diminta untuk menyediakan atau mengeluarkan sesuatu barangan dengan spesifikasi tertentu pada harga, tempat dan masa penyerahan barang tempahan yang dipersetujui bersama. Contoh produk perbankan yang menawarkan pembiayaan hutang jenis Bay’ al-Istisna ialah pembiayaan perumahan, bridging financing dan pembiayaan projek.

Konsep Al-Ijarah merupakan satu kontrak untuk memajak (lease contract) dan juga untuk menyewa (hire contract). Al-Ijarah dari aspek sistem kewangan Islam, merupakan kontrak di mana institusi kewangan atau bank memajakkan peralatan-peralatan atau barangnya kepada pelanggan dengan dikenakan sejumlah bayaran yang tetap (Nabil 1986:97). Jumhur ulama mengatakan bahawa al-Ijarah ini merupakan salah satu jenis al-Bay’ Li Manafi’ al-Asyya’ (jual beli manfaat sesuatu benda) (al-Qadir 1993 : 10).
Secara umumnya, sewaan atau al-Ijarah merupakan satu perjanjian memberi milik manfaat dengan bayaran. Melalui perjanjian ini, penyewa berhak menggunakan barang yang disewanya itu atau memberikan kepada orang lain menggunakannya mengikut syarat-syarat perjanjian yang telah dibuat antara penyewa dengan pihak yang memberi sewa ( Faizah 2000: 56). Contoh produk perbankan yang menawarkan pembiayaan hutang jenis al-Ijarah ialah pembiayaan perumahan, kontrak sewa beli, pajakan, pembiayaan projek, sukuk al-Ijarah dan pembiayaan penggunaan harta.

Bay' Bithaman Ajil (perjanjian jual beli balik) atau BBA merupakan konsep perbankan Islam yang digunakan dalam pembiayaan sewa beli atau pembelian insurans. Di bawah konsep ini, bank memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta atau perkhidmatan dengan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada 'vendor' dengan harga tunai dan kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah keuntungan.Pelanggan boleh membayar balik secara tangguh atau ansuran dan jumlah bayaran bergantung kepada jumlah kos belian yang terlibat ,risiko pembayaran,dan tempoh perjanjian.Kaedah BBA dianggap sebagai kaedah pembiayaan yang menggantikan kaedah pembiayaan berdasarkan pinjaman yang diamalkan oleh sistem perbankan konvensional.Bagi mengukuhkan lagi institusi kewangan yang berteraskan Islam di samping untuk menarik lebih ramai individu kearah sistem ini, produk-produk yang lebih berinovasi telah dihasilkan seperti produk pembiayaan kadar boleh ubah berasaskan konsep Bai Bithaman Ajil (jualan harga tertangguh) yang telah diperkenalkan pada tahun 2003 bagi mempelbagaikan portfolio pembiayaan institusi kewangan Islam daripada terlalu bergantung kepada pembiayaan kadar tetap.Ia juga dapat mengurangkan risiko berhubung ketakpadanan pendanaan.Malahan bagi melengkapkan mekanisme pembiayaan kadar terapung yang berkonsepkan Bai Bithaman Ajil (BBA), satu produk pembiayaan kadar boleh ubah berdasarkan konsep ijarah muntahia bittamleek (pajakan berakhir dengan hak milik ) sedang dikaji.Produk ini dimajukan bagi membantu sistem kewangan islam bersaing dari segi pemadanan kadar pembiayaan perbankan Islam dengan pembiayaan pasaran dalam konteks pasaran dwi-perbankan. Produk ini memberikan pulangan yang lebih munasabah kepada pendeposit dan seterusnya mengurangkan risiko ketakpadanan.Kebergantungan yang tinggi pada pembiayaan kadar tetap menyebabkan mekanisme lindung nilai bagi aset kewangan islam yang semakin berkembang, kurang diberikan di samping faktor terdedahnya pada kadar pembiayaan yang turun naik.Sebahagian besar pembiayaan ini meliputi pembiayaan rumah, hartanah, dan pembiayaan bertempoh jangka panjang.Pembiayaan kadar boleh ubah ini, harga jualan aset kepada pelanggan secara bayaran tertangguh ditetapkan pada kadar keuntungan siling atau maksimum, yang kadarnya lebih tinggi daripada kadar pembiayaan tetap BBA. Justeru harga jualan kontrak dan ansurannya menjadi lebih tinggi.Walaubagaimanapun, rebat atau ibra`(pengecualian hak menuntut keuntungan belum diperoleh) diberikan pada setiap bayaran ansuran, misalnya pada setiap bulan, bagi mengurangkan ansuran bulanan supaya sepadan dengan kadar pasaran semasa.

Bay’ al-Murabahah mengikut seperti mana yang telah didefinisikan oleh al-Rawwas ialah penjualan harta yang dimiliki dengan harga kos yang ditanggung beserta dengan keuntungan (Wizarah al-Awqaf 140H: 83). Bay’ al-Murabahah ini merupakan satu urusniaga di mana kedua belah pihak saling redha meredhai ke atas harga yang ditetapkan. Secara ringkasnya, Bay’ al-Murabahah adalah jualan sesuatu barangan dengan harga kos dan dicampurkan dengan keuntungan yang diketahui oleh pihak yang berkontrak. Contoh produk perbankan yang menawarkan pembiayaan hutang jenis Bay’ al-Murabahah ialah pembiayaan perdagangan, pembiayaan modal kerja, overdraf, surat kredit, bil penerimaan Islam dan pembiayaan kredit eksport.

Bay’ al-Inah merupakan satu kontrak jual beli hutang-tunai iaitu apabila seseorang menjual barangan dengan harga bertangguh kepada sesuatu tempoh tertentu kemudian dia membelinya semula barangan tersebut secara tunai dengan harga yang lebih rendah daripada harga jualan bertangguh. Kontrak ini dilakukan bagi tujuan untuk mendapatkan keperluan wang tunai. Contoh produk perbankan yang menawarkan pembiayaan hutang jenis Bay’ al-Inah ialah kad kredit dan pembiayaan peribadi.

Sunday, 2 August 2009

KENAPA AKU DIUJI?

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
Al-Quran menjawab :


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat : 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Al-Quran menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat : 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Al-Quran menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat : 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
Al-Quran menjawab :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat : 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Al-Quran menjawab :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat : 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Al-Quran menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat : 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Al-Quran menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
- Surah At-Taubah ayat : 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Al-Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat : 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN LAGI!!!
Al-Quran menjawab :
".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat : 87

KU KEJAR CINTA???

”Kalau kita tak mendengar tazkirah lebih dari 3 hari, hati kita akan mati.” Kata-kata ini amat sesuai dengan diriku....sementelah lagi selepas kaki ini melangkah ke IPTA. Amat kurang aku mengisi hatiku yang laparkan pengisian rohani ini dengan tarbiyah hati....bila dah agak ”lalai” ni, banyak jer anasir-anasir luar yang nak menceroboh masuk..yer kan, antivirus yang ku guna dah lama tak di updatekan dengnan tazkirah...Saban waktu, aku selalu lihat roomateku berbalas-balas mesej dgn si buah hati pengarang jantung...terdetik juga dihati perasaan iri hati...Sebelum ini, aku sentiasa diberi peringatan oleh shbt2ku tentang couple ni..tiada istilah couple dalam Islam. Yang ada hanya jln2 yang dapat melorongkan ke arah perzinaan.

”tiada hbgn antara lelaki dan wanita melainkan perkahwinan”

”la taqrabuz zina!! menghampiri zina pun dah tak boleh, apalagi melakukan zina..menghampiri itu termasuklah ber”couple” dan bergaul bebas antara lelaki dan wanita, zina ni boleh menjadi zina hati,mata,telinga dan lain-lain” nasihat seorang sahabatku dalam satu majlis ilmu di sekolah dulu...

Tapi selepas masing-masing bawa diri, tiada lagi nasihat yang mengunjung tiba..yang ada hanyalah bisikan nafsu muda yang ingin bebas setelah lama dibiuskan dengan ingatan dan nasihat sahabat-sahabatku......

*********************************************************************

Akhirnya, aku berkenalan dengan ”seseorang”...mulanya tu sebab tersilap call...Aku terlupa akan kata-kata yang pernah kuucapkan pada seorang sahabatku dulu.

”Norul, klu boleh cuba elakkan bercakap dengan lelaki dalam telefon untuk menggelakkan zina hati dan telinga, kita leh kawal hati kita, tapi mcm mana dengan lelaki tu??klu bercakap sudah pasti akan bergelak ketawa dan sedikit sebanyak akan mencetuskan perasaan lain dihati masing-masing.”

Dan juga kata-kata ustazahku....

”Dua orang (lelaki dan perempuan) yang bercakap dalam telefon di tempat yang sunyi, sama je dengan berkhalwat..yang bezanya tak nampak muka secara zahir tapi hanya diimiginasikan ada di depan mata..lainlah klu bercakap dengan ibubapa dan kawan-kawan..intonasi suara dan apa yang dicakapkan tu boleh dikawal lagi, tapi klu sorang-sorang dalam bilik??? Mula tu ok lg, tanya khabar je....lama-lama...Antum fikir sendiri..”

Benarlah Allah akan uji setiap bait kata yang terucap di bibir kita..itulah yang berlaku pada diriku...Pada mulanya aku sekadar menganggap Akmal sebagai kawan biasa sementelah lagi aku sebenarnya agak malu dengan lelaki sebelum ini...tapi lama kelamaan, dari seorang teman biasa dah jadi agak ”luar biasa”....Diriku semakin hanyut dengan cinta manusia yang tidak berkesudahan. Cinta yang penuh dengan kepuraan tapi disebalik kepuraan itulah aku berada dan hinggap. Terasa agak pelik dan janggal bunyinya...Masa tu terselit juga satu perasaan bersalah pada diri sendiri, lebih2 lagi perasaan takut dan malu pada Allah masih ada....tapi, perasaan untuk enjoy lagi mendominasi diri. ”Muda hanya sekali, so kita enjoy!!” entah mcm mn aku boleh terlupa. Ya!! Muda memang hanya sekali, tapi alangkah eloknya masa muda itu aku gunakan untuk gerak kerja Islam!! Membantu teman-teman yang masih lagi diulit mimpi yang tak berkesudahan!! dan sudah tentu membantu diriku sendiri... Tapi saat itu diriku masih terumbang-ambing. Turut sama ”berganding bahu” ke arah perkara yang tak elok. Masih lagi memerlukan seseorang untuk membangunkan aku daripada angan-angan yang tak berkesudahan.

”Neza, esok keluar nak??kita tengok wayang...”

Ajakan dari Akmal membuatkan aku terfikir sejenak..TENGOK WAYANG!! Sepanjang usiaku, aku tak pernah tengok wayang...bukan kerana tempatku dulu tak ada panggung wayang melainkan hatiku sentiasa berfikir bahawa tempat itu tak sesuai dengan diriku....Aku serba salah. Antara naluri hatiku dengan ajakan seseorang yang istimewa. Mana lagi penting??? Alhamdulillah Akmal dapat terima yang aku tak nak tengok wayang walaupun pada mulanya dia agak kecewa..last2 dia dtg kat kampus aku je.........Masa tu aku mampu lagi menolak, akan datang???

*********************************************************************

Sampailah satu ketika, tika itu aku dalam perjalanan balik kampung sempena cuti semester...aku solat subuh disebuah surau...tetiba je seorang adik (lebih muda dariku, mungkin masih sek menengah), bertanyakan maksud daripada surah as-Soff ayat 3-4.

Walaupun aku rasa agak pelik, tapi aku tengok juga ayat yang adik tu tunjukkan. Patutlah dia guna al-Quran yang tak ada terjemahan. Then aku merujuk ke arah tafsir yang ada kat surau tu...

”Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah benci pada sesiapa yang mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya......”

Aku terkedu seketika. Ya Allah, apa yang dah kulakukan selama ini...tanpa sedar manik2 air mataku luruh tanpa rasa segan dan malu. Selepas itu baruku tersedar rupa-rupanya adik yang menegurku tadi ialah juniorku masa aku masih bersekolah dulu.

Hatinya tergerak mahu menyapaku selepas melihat caraku berpakaian yang agak berbeza berbanding dengan waktu persekolahanku dulu...pakai lebih kurang aje....tidak menepati cara berpakaian seperti yang disarankan oleh Yusuf al-Qardawi seorang ulama’ yang disegani. Apa yang ditekankan oleh Yusuf al-Qardawi ialah pakai pakaian seperti dalam solat, tidak terlalu jarang, tidak terlalu nipis, tidak menjolok mata dan semua ini hendaklah berlaku secara serentak...kata-kata yang acap kali kusebut tika majlis ilmu di sekolah dulu....

Aku mendakap tubuhnya dan mengucapkan terima kasih atas tegurannya yang kukira amat berhikmah...tanpa perlu bersyarah panjang lebar hanya sekadar menggunakan ayat al-Quran mampu meluruhkan hijab yang mangaburi mataku selama ini....hatiku tak putus2 mengucapkan syukur kepada Allah. Walaupun diri ini sentiasa lalai dan leka dengan secebis nikmat dunia, tapi DIA masih berikan aku peluang untuk meng’islah kembali jawarihku...syukur kepadaMU Ya Rabb......

*********************************************************************

Dan mungkin ianya satu kebetulan ataupun satu rencana yang telah dirancang oleh Allah ke atasku, seorang sahabatku mengirimkan satu SMS yang agak ringkas tapi amat meruntun naluriku...

”Sahabatku, apa khabar imanmu tika ini?? Salam ingatan dari sahabat untuk sahabat tersayang.”

Sudah agak lama ak tidak mendengar kata2 ini...”apa khabar wahai imanku saat ini?? Adakah di tahap yang terlalu kronik hinga perlukan syifa’ segera?? Nau’zubillah.” Segala perbuatan yang telah kulakukan dulu terbayang di mata..ligat bermain-main di tubir mataku seolah-olah tersenyum mengejek bahawa diriku telah kalah....telah kalah pada gelonjak nafsu muda. Telah kalah pada naluri yang inginkan keseronokan palsu semata-mata...kalah??adakah aku benar2 telah kalah??

Cepat2 gambaran itu ku tempis bila kurasa perasaanku kembali berbolak-balik..Ya Allah, kau tetapkan hatiku ini pada jalanMU Ya Allah...jalan yang kau redhai dan jalan para pencintaMU Ya Rabb...Ya!! aku akan cuba bangkit kembali...sebab kutahu aku masih ada Tuhan yang takkan tinggalkanku keseorangan ...Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun....

”Sahabat, terima kasih atas ingatan tulusmu..ketahuilah sahabat, hatiku tika ini menangis hiba lantaran sikap dan jawarihku sedikit tersasar. Perasaan inginkan keseronokkan telah menguasai diri dan hatiku. Sahabat, jangan kau terkejut andai mendapat berita tentangku yang agak terleka dengan cinta manusia dan zaman remaja yang amat mencabar ini...Alhamdulillah, Allah telah memberiku kesedaran bahawa apa yang telah kulakukan adalah salah melalui seorang teman...kini, aku ingin bangkit kembali dan mengotakan janji yang pernah terlafaz dulu..janji yang di ucap di hadapn ustazah solehah dan sahabat2 bahawa diri ini mahu menjadi mata2 rantai perjuangan As-Syahid Hassan al-Banna..Doakan diri ini sahabat......”

Sejujurnya aku membalas SMS sahabatku itu...sebab memang itulah hasrat hatiku kini...akan ku cuba lupakan dan jauhkan perasaan terlalu cintakan dunia...janji yang oernah terluah dulu sedikit sebanyak akan kucuba tunaikan. Ku coretkan ungkap kata yang lebih kepada rasa yang kurasakan sekarang ni..buat sahabat2ku......

Hati ini acap kali berbicara
Hati ini kerap kali mengeluh hiba
Bilakah hati yang kian haus ini
Bakal disirami embun yang dapat menghilangkan kehausan ini..

Mujur ada tangan yang masih setia menghulur
Walau seringkali kasar ditepis tangan itu
Oleh jawarih dan tutur kataku
Yang kasar terluah

Namun, hati si pemiliknya
Tegar jua untuk menarikku
Jauh dari kebinggungan ini
Jauh keluar dari ancaman nafsu lawwamah
Yang kian hebat menghimpit diri
Semakin hari kian menyesak nuraniku

Kini,
Huluran itu kusambut jua
Seiring hasrat naluriku untuk berubah
Bisikan dan gelisah kalbu
Yang sering bertamu dulu kian menjauh
Tutur hikmah seorang sahabat mampu menjadi benteng diri
Dan menarikku rapat denganNYA

Terima kasih teman
Kerana sudi hadir dalam hidup ini
Hati yang dulu gelisah sentiasa
Kian pudar dan menghilang
Benarlah kata pujangga
Hati yang tertaut kerana Allah
Ikatannya sangat manis dan utuh kekal selamanya.........

*********************************************************************

”Akmal, saya minta maaf banyak2 klu kata2 saya ini membuatkan awk kecewa...Tapi, saya nak awk tahu kekecewaan sekarang amat kecil berbanding dengan kecewanya iman kita tatkala melihat kita berhubung sebegini...sy nk awk tahu, perhubungan sebegini takkan ke mana. Sy sudah sedar apa yang berlaku dan sy juga amat berharap agar awk juga sedar bahawa jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Hanya DIA yang dapat menyatukan hati2 hambaNYA. Klu boleh kita jgn berjumpa lagi selepas ini. Kita sama2 meng’islah diri kembali dan merenung dengan mata hati setiap apa yang telah kita lakukan....INSYA_ALLAH klu ada jodoh, kita akan berjumpa lagi dalam situasi dan keadaan berbeza....”
~NEZA~

Sepucuk surat perpisahan kuberikan kepada Akmal...ku doakan agar dia faham dan dapat menerima keputusanku ini dengan hati yang terbuka. Apa yang ku ingin lakukan sekarang ialah meneruskan perjuangan as-Syahid Hassan al-Banna di kampusku sekarang...”jika kamu mengejar akhirat nescaya dunia akan mengejarmu”. INSYA_ALLAH........

PETIKAN CERPEN MAJALAH CAHAYA KELUARAN JAN-FEB 2009
BY : NUUR EZAINI AKMAR ISMAIL

Friday, 10 July 2009

Jangan Mencari Terlalu "Sempurna"

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup
Begitu juga,
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK.....tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja
Begitu juga,
Jika kamu sedang memiliki seseorang.....TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN.....tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat, dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja.....
Kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL
Begitulah juga,
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU.....MENGASIHIMU.....dan MENCINTAIMU.....
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.....
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu, janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI.....
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA.....itu lebih BERMAKNA !!!

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang."






Thursday, 9 July 2009

Syurga Cinta

Cinta baginya untuk yang ikhlas mencintai, bukan untuk dipersendakan.....

Wednesday, 8 July 2009

Madah.....

Kadang-kadang ALLAH S.W.T sembunyikan matahari
DIA datangkan petir dan kilat
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari
Rupa-rupanya ALLAH S.W.T memberi kita pelangi

Jodoh telah ditentukan ALLAH S.W.T dan kita sebagai hambaNYA perlu berusaha dan bertawakal agar mendapat jodoh yang disenangi ALLAH S.W.T

Jadilah seorang wanita dalam bekas kaca
Yang sukar untuk disentuh
Hanya orang yang mampu sahaja boleh memilikinya

Jika seseorang itu hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian dalam hidup kita tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.....jangan terlalu bersedih, terimalah kenyataan itu, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kita dan kita perlu redha atas setiap yang berlaku kerana disebalik sesuatu itu terdapat hikmah yang tersembunyi

Friday, 26 June 2009

Diet Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU, cth: koktel

* Kita dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Rasulullah S.A.W mencegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri mudah mendapat penyakit. Hal ini telah dibuktikan oleh para saintis di mana hasil kajian yang diperoleh didapati badan ayam mengandungi ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang boleh merosakkan usus kita.

Jangan makan BUAH selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru makan nasi.

Tidur 1 jam selepas makan tengah hari.

Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Penjagaan kesihatan diri menurut al-Quran iaitu:

Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh saksikan bahawa kebanyakan orang yang mandi pagi badannya tidak gemuk.

Rasulullah S.A.W mengamalkan "minum segelas air sejuk" (bukan air ais) setiap pagi. INSYA_ALLAH jauh dari penyakit (susah mendapat penyakit).

Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Hal ini telah dibuktikan oleh Saintis, mereka telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Apabila bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

Rasulullah S.A.W. juga mengamalkan makan dengan tangan dan bila selesai makan hendaklah menjilat jari. Saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terdapat di celah jari, iaitu 10 kali terdapat dalam air liur (enzim amilase
).

Hawa

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya.Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sesebuah hubungan antara lelaki dan wanita (perkahwinan).

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini boleh mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Sunday, 21 June 2009

Ayat-Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Ketika ku bersujud.....

Friday, 19 June 2009

Jika Aku Jatuh Hati.....

YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA.....
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU.....
AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAIMU.....

YA MUHAIMIN, JIKA AKU JATUH CINTA.....
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADAMU.....

YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA.....
IZINKANLAH AKU MENYENTUH HATI SESEORANG YANG HATINYA TERTAUT PADAMU.....
AGAR TIDAK TERJATUH AKU DALAM JURANG CINTA NAFSU.....

YA RABBANA, JIKA AKU JATUH HATI.....
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA HATIMU.....

YA RABBUL IZZATI, JIKA AKU RINDU.....
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALANMU.....

YA ALLAH, JIKA AKU RINDU.....
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUKAN SYURGAMU.....

YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIHMU.....
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT.....

Tuesday, 9 June 2009

Dugaan Hidup

Kehidupan di dunia ini adakalanya kita berasa bahagia, gembira, sedih dll....itulah rencah kehidupan di dunia ini....adakalanya kita berasa gembira dan adakalanya kita berasa sedih....tp setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya....jadikan setiap dugaan atau ujian yg kita hadapi ketika hidup di dunia ini sebagai suatu cabaran kepada diri kita untuk terus berjaya....jgn mudah putus asa.....ujian atau dugaan hidup yang kita hadapi sebenarnya adalah untuk menguji keimanan kita.....ALLAH S.W.T tidak akan menguji hamba_NYA diluar kemampuannya....so, hadapi setiap ujian dengan tabah dan sabar.....

Sunday, 10 May 2009

Cinta Oh Cinta!!!!!

Cinta???ada apa dengan cinta???sesetengah orang mengatakan bercinta selepas berkahwin adalah lebih baik kerana kita akan merasai kemanisan cinta itu.....setelah bergelar suami isteri.....tetapi terdapat juga sesetengah orang lebih memilih untuk bercinta sebelum berkahwin bagi mengenali hati pasangan masing-masing sebelum berumahtangga.....bagaimana pula dengan anda???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...