About

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU, ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.................[SURAH AL-BAQARAH:216]

Wednesday, 6 May 2015

Google AdSense


Cara daftar Google AdSense



Google AdSense merupakan cara mudah buat duit dengan memaparkan iklan diblog anda. Langkah-langkah untuk mendaftar Google AdSense adalah seperti berikut:



  1.      Ke halaman gambaran keseluruhan blog anda.



2.      Klik kepada “Tetapan” yang kedudukannya paling bawah bergambar seperti spanar. Kemudian klik kepada submenu tetapan iaitu “Bahasa dan Penetapan.” Pilih bahasa Inggeris (United Kingdom) –English (United Kingdom). Paparan seperti di bawah.


3.       Jangan lupa klik “simpan tetapan.”

4.      Klik pada menu Pendapatan (gambar berbentuk piala) untuk melakukan pendaftaran Google AdSense.  Muncul paparan seperti  di bawah.



5.      Kemudian klik “Mendaftar untuk AdSense.” Jika butang “Mendaftar untuk AdSense tidak aktif (tidak boleh di klik)  dan paparan menyatakan “ Blog anda belum memenuhi syarat AdSense” maksudnya blog anda masih belum memenuhi syarat, maka banyakanlah posting lebih kerap lagi. Jika sebaliknya, klik “Mendaftar untuk AdSense” untuk ke peringkat seterusnya.

6.      Paparan berikutnya adalah seperti di bawah.


7.      Kemudian tukar bahasa. Contoh tukar kepada Bahasa Malaysia.  Kemudian klik kepada “ Ya, teruskan log masuk Akaun Google. Kemudian masukkan email dan password anada. Paparan berikutnya akan muncul seperti di bawah.



8.      Kemudian klik continue sehingga ke peringkat seterusnya dan lengkapkan segala jenis butiran yang dikehendaki dan kemudian submit application.


9.      Paparan berikutnya akan muncul seperti di bawah.



10.  Proses pendaftaran mengambil masa beberapa hari. Sekiranya diluluskan permohonan akaun AdSense anda akan diterima oleh Team Google AdSense. Segala maklumbalas akan diberitahu melalui emel.

11.  Selepas menerima emel darpada Team Google AdSense, tukar ketetapan Earnings Adsense anda.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...